CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Menakjubkan, Kembar Masih Dalam Kantung Semasa Dilahirkan

22-7-2022 05:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1467| Komen: 10

Rio de Janeiro: Pasangan kembar di Brazil masih berada dalam kantung amniotik ketika dilahirkan.

Gambar proses kelahiran ini menjadi detik menakjubkan kerana ia hanya berlaku dalam 80,000 kelahiran.


Kantung yang melindungi bayi ketika di dalam tempoh kandungan masih lagi menyeliputi mereka, dan tidak pecah ketika proses kelahiran berlaku.

Foto: Agensi

Pada kebiasaannya, kantung itu akan pecah secara semula jadi ketika proses bersalin, namun bagi kes ini doktor terpaksa memecahkannya.

Cristiane Mucci melahirkan anak kembar perempuannya Maria Cecilia dan Maria Alice menerusi pembedahan pada 11 Jun lalu.


Kembar itu dilahirkan di Hospital de Nossa Senhora das Dores di Ponte Nova, sebuah daerah di Minas, tenggara Brazil.

Kelahiran mereka disambut pakar sakit puan dan obstetrik, Dr Emilio Garavini, dalam keadaan kedua-dua bayi berkenaan, sihat.

Peristiwa bersejarah itu dianggap 'berbeza dan istimewa' kepada petugas hospital berkenaan.

Hospital itu dalam satu kenyataan mengesahkan bayi kembar berkenaan dilahirkan pada 11 Jun.

"Cristiane Mucci melahirkan Maria Cecilia dan Maria Alice Mucci dalam keadaan sihat dan selamat.

"Namun ketika dilahirkan bayi kembar itu masih berada dalam kantung yang melindungi mereka sepanjang tempoh kandungan," kata hospital itu.

Kelahiran istimewa ini bukan pertama kali berlaku kerana sudah lima kejadian sama dilaporkan di Brazil.

Sebuah klinik di Sao Miguel do Oeste sebelum ini menyambut kelahiran dalam keadaan sama membabitkan bayi bernama Davi Lucca Rosset Basso, September tahun lalu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 22-7-2022 05:05 PM
ceh ingatkan masih dalam kantung kerandut
Quote kotakbaju 22-7-2022 05:09 PM
Arwah mak iols penah citer dulu masa lahirkan iols dalam keadaan gini la..keluar dalam kantung.
Quote cap_ayam 22-7-2022 05:46 PM
kotakbaju replied at 22-7-2022 05:09 PM
Arwah mak iols penah citer dulu masa lahirkan iols dalam keadaan gini la..keluar dalam kantung.

Wah.. lahir secara normal atau pembedahan?
Quote kotakbaju 22-7-2022 05:52 PM
cap_ayam replied at 22-7-2022 05:46 PM
Wah.. lahir secara normal atau pembedahan?

Lahir secara normal
Quote Decaffeinated 22-7-2022 06:06 PM
Yang menakjubkan ialah kelahiran itu sendiri.

Setakat kantung tak pecah tu apa nak takjub sangat, cucuk ja lah.

Quote makiting 22-7-2022 06:16 PM
kotakbaju replied at 22-7-2022 05:09 PM
Arwah mak iols penah citer dulu masa lahirkan iols dalam keadaan gini la..keluar dalam kantung.

Kita serupa… org kata.. kalau org nak p perang ke berlawan ke.. kita bg air yg kita baca2 kan pastu bg diaorg minum.. katanya kebal diaorg nanti.. tu kata org dulu2 laaa… hehehe
Quote hashashes 22-7-2022 06:25 PM
kotakbaju replied at 22-7-2022 05:09 PM
Arwah mak iols penah citer dulu masa lahirkan iols dalam keadaan gini la..keluar dalam kantung.

Setakat ni hijab kau pernah terbuka tak nampak benda2 ghaib?
Quote kotakbaju 22-7-2022 09:53 PM
makiting replied at 22-7-2022 06:16 PM
Kita serupa… org kata.. kalau org nak p perang ke berlawan ke.. kita bg air yg kita baca2 kan pas ...

Wahh ada geng

Yg iols dengar arwah mak iols citer dulu kalau kantung tu ambik rebus buat air minum atau mandi kat kita (yg lahir dalam kantung tersebut) akan jadik kebal /tak lut badan ni. Tu ikut citer orang2 tua dulu. Wallahualam.
Quote kotakbaju 22-7-2022 09:54 PM
hashashes replied at 22-7-2022 06:25 PM
Setakat ni hijab kau pernah terbuka tak nampak benda2 ghaib?

Takdak pon chuols. Iols pun tak hingin nak nampak benda2 ghaib ni. Lagipun iols ni penakut
Quote cap_ayam 23-7-2022 06:02 AM
kotakbaju replied at 22-7-2022 05:52 PM
Lahir secara normal

Oh ingatkan pembedahan. Begitulah ibu kita melahirkan kita.. semoga Allah merahmati dan mengampuni dosa2 ibu ..

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:53 PM GMT+8 , Processed in 0.124708 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top