CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kalau Dapat DM Yang Mengancam Emosi Apa Elfira Loy Buat?

22-7-2022 04:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1282| Komen: 3

Elfira Loy menjawab soalan peminat mengenai kerenah netizen sewaktu berkongsi pautan NGL (Not Gonna Lie) di Instagram.

Dalam soalan itu, ada yang bertanyakan kepada Elfira adakah dia merasa tertekan atau terkesan dengan soalan atau kecaman dari netizen.

Foto: IG

“El mentioned El raji baca DM kan. So ada terkesan tak dengan soalan ke kecaman dari yang tanya tu? Macam mana El hadap isu yang selalu netizen soalkan tu..

“Kan selalu apa yang El share mesti ada isu lepas tu. Ada yang kata tak elok lah. Yang kutuk lah. Stress tak layan kerenah orang. Tips handle peel orang!” soal peminat di Instagram.




Elfira Loy atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri kemudian menjelaskan bahawa dia jarang mendapat DM (Direct Message) yang mengancam emosinya.

“Sebenarnya, dekat DM i, i jarang dapat DM yang mengancam emosi i. Alhamdulillah semua baik-baik. Kalau ada, i perasan memang i akan confront dan cakap dengan dia. I akan explain bagi pihak i tapi dia nak percaya tak percaya selepas tu, tu bukan tanggungjawab i. Jawab sahaja nanti di akhirat.


“Yang dekat tempat lain tu, biarlah. Tu kan diorang yang mengundang masing-masing untuk berkata buruk,”jawab Elfira Loy.



Sekadar info, Elfira Loy telah mendirikan rumah tangga bersama suami, Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Muhamad Rayyan Khalaf dan seorang cahaya mata perempuan, Nur Aria Mikayla yang dilahirkan pada 20 Mei lalu di pusat perubatan di Kuala Lumpur. -CARI

Sumber: Murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kakopi 24-7-2022 08:59 AM
ok lah el..
Quote slyfynx 24-7-2022 09:26 AM
Sampah nye la hai sampai mende ni pun kene bukak thread.
Sedih wartawan cari ni
Quote missbigrockstar 24-7-2022 10:17 AM
Comel anak2 dia

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:36 PM GMT+8 , Processed in 0.093539 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top