|
Guru selebriti yang dikenali sebagai Cikgu Zack menjelaskan ayat 'denyut jantungku berdebar' dalam lirik lagu Casablanca nyanyian Nuha Bahrin dan Naufal Azrin adalah tidak tepat.
Zack atau nama sebenarnya Saliza Ibrahim yang juga guru Bahasa Malaysia berkata, penggunaan perkataan 'denyut' adalah tidak tepat dan perlu digantikan dengan perkataan 'degup' yang lebih sesuai untuk gambaran jantung. "Degup digunakan untuk jantung bukan denyut. Saya fikir mungkin jantung dia, 'skala richter' rendah. Atau pun mungkin kedudukan jantung dia berada dekat bahagian kepala, mungkin bahagian nadi, di pergelangan tangan.
"Denyut dengan degup, berbeza. Jadi bila saya bayangkan jantung dia berdenyut, macam nyut nyut macam tu. Risau saya, takut dia ada masalah lemah jantung. Kita kena kejarkan dia ke hospital. Tapi saya suka lagu ni," katanya.
|



ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
7-2-2026 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.117643 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.