CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11589|Reply: 125

Cikgu Tak Puas Hati, Lirik Lagu Casablanca Sepatutnya Degup Bukan Denyut

[Copy link]
Post time 22-7-2022 02:19 PM | Show all posts |Read mode
Guru selebriti yang dikenali sebagai Cikgu Zack menjelaskan ayat 'denyut jantungku berdebar' dalam lirik lagu Casablanca nyanyian Nuha Bahrin dan Naufal Azrin adalah tidak tepat.


Zack atau nama sebenarnya Saliza Ibrahim yang juga guru Bahasa Malaysia berkata, penggunaan perkataan 'denyut' adalah tidak tepat dan perlu digantikan dengan perkataan 'degup' yang lebih sesuai untuk gambaran jantung.








"Degup digunakan untuk jantung bukan denyut. Saya fikir mungkin jantung dia, 'skala richter' rendah. Atau pun mungkin kedudukan jantung dia berada dekat bahagian kepala, mungkin bahagian nadi, di pergelangan tangan.


"Denyut dengan degup, berbeza. Jadi bila saya bayangkan jantung dia berdenyut, macam nyut nyut macam tu. Risau saya, takut dia ada masalah lemah jantung. Kita kena kejarkan dia ke hospital. Tapi saya suka lagu ni," katanya.




  



Guru Bahasa Malaysia membuat perkongsian secara bergurau tetapi dengan fakta menerusi video yang dimuat naik di TikTok.


Lagu ciptaan Daqmie dan Wan Saleh serta lirik Daqmie dan Abdulkarim Al Ali itu sekali lagi meraih perhatian apabila Zack membuat ulasan berkenaan.


Dalam pada itu, Zack turut menjelaskan yang pelanggaran hukum tatabahasa kadang-kadang dibenarkan dalam penulisan kreatif seperti puisi atau lirik lagu.


  



"Memang betul penulisan kreatif seperti puisi, lirik lagu dan sebagainya ada sedikit kebebasan untuk melanggar hukum tatabahasa. Tetapi awak kena tahu yang kita langgar hukum tatabahasa itu adalah perkara yang biasanya tidak boleh dibayangkan.


"Contohnya, penggunaan kata sendi nama 'di'. Ada lirik lagu raya dia tulis 'di hari raya' yang sepatutnya 'pada hari raya. Sebab 'di' kita tak dapat bayangkan jadi tiada masalah. Lagi satu mencintai jadi menyintai.




  



"Tapi kalau yang membabitkan kata nama dan juga kata kerja, perkara yang boleh kita bayangkan dan kalau kita salah pilih perkataan itu, dia akan bagi bayangan yang berbeza kepada jalan cerita lagu itu. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2022 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
kan!! denyut hanya untuk kakpam, k
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 02:42 PM | Show all posts
denyut ape nyahhh hahahhaha
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Knp tah aku tgk cikgu ni cm try hard sgt dlm setiap content yg dia buat. Ke aku sorg je yg rasa cmtu
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu ni retis ke uols
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 02:44 PM | Show all posts
aku cringe tgh cikgu ni tp denyut tu patut tukar degup tu aku setuju mmg betul pun
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-7-2022 02:44 PM | Show all posts
halah personaliti sendiri pun tak betul lagi nak betulkan orang lain..agitchuuuuu aku sound cikgu djaman nau
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 02:44 PM | Show all posts
cikgu bahasa melayu ke alahai ingatkan minah rempit mana tadi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2022 02:49 PM | Show all posts
Iolls rengsa dengan dia ni. Kadang ok nak betulkan perkataan. Kadang macam tak perlu sebab mostly orang tahu cuma takat cakap2 nyanyi2 ni takde sape kisah. Kalau nak jawp exam BM, mungkin orang amik pusing.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 02:51 PM | Show all posts
lirik lagu camtu la kdg ikut suka je.
bukan kena ikut kamus dewan pun.
chill jela
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 02:51 PM | Show all posts
ok je , dari segi tatabahasa dan nahu dalam penulisan ilmiah pakai yg betol.
bagi lagu2 pakai yg 'menderhakai' tatabahasa.
banyak je lagu malaysia menggunakan perkataan indon which is "bisa"
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus la dia tegur. Budak2 zaman skrg belajar melalui benda2 viral. Benda yg salah pun diorg ingat betul.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Bingit......
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Mehh la Cikgu Zack ni. Try hard sangat.

Kamus Bahasa Melayu

denyut
denyut

[de.nyut] | دڽوت

Definisi : gerakan turun naik atau kembang kempis (nadi, jantung, ubun-ubun, dll); ~ jantung gerakan kembang kempis atau de­baran jantung; ~ nadi gerakan nadi; berdenyut, mendenyut bergerak turun naik atau kembang kempis (spt gerakan nadi, ubun-ubun, jantung, dll): apabila jantung itu ~, maka darah pun mengalir; hatinya men­denyut menahan kemarahannya; denyutan gerakan kembang kempis atau turun naik (bkn nadi, ubun-ubun, jantung, dll), gerakan mengembut-embut, gerakan kemut-kemut: senaman boleh menderaskan ~ jantung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 03:19 PM | Show all posts
kalau ikut penggunaan ayat tu, memang sedap lagi degup bukan denyut
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 03:21 PM | Show all posts
adakah bakalan menggantikan arwah adibah noor versi bahasa melayu?

apapun lagu casablanca itu tidak sedap ditelinga meols
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2022 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Denyut nadi.. tp lagu ni best sgt ke naper aku x suke dgr
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Jujurnya iols agak terganggu dgn perkataan denyut tu dh la semua org duk guna lagu tu.

Denyut tu mcm perkataan lucah
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Ikutkan ada betulnyaa apa dia kata..nanti bebudak lain ingat betul habis periksan nanti semua salah...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Didi_dido replied at 22-7-2022 02:56 PM
Bagus la dia tegur. Budak2 zaman skrg belajar melalui benda2 viral. Benda yg salah pun diorg ingat b ...

Lagu baru aina abdul ada byk imbuhan yg salah taktau la kalau cikgu zack dah dengar ke blm lgu tu maklum la lagu tu lum viral lgi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2026 12:45 AM GMT+8 , Processed in 1.047540 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list