Selepas enam tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Aprena Manrose akur dengan ketentuan Tuhan apabila masih belum diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata sulung bersama suaminya, Mohd. Afiq Hazman.
Bagaimanapun, Aprena sentiasa positif dan percaya pada rezeki yang bakal dikurniakan oleh Allah SWT kepadanya untuk bergelar seorang ibu suatu hari nanti. Aprena atau nama lengkapnya Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 29, ketika dihubungi Kosmo! memberitahu, dia mengambil cuti panjang untuk berehat bagi memberi tumpuan sepenuhnya terhadap usaha mendapatkan zuriat. “Buat masa sekarang saya sedang berehat dan mengambil cuti berlakon sebab mahu beri fokus pada usaha untuk mendapatkan cahaya mata.
“Seperti yang semua orang tahu, saya sudah berkahwin selama enam tahun, namun belum ada rezeki dIkurniakan zuriat. Jadi saya dan juga suami ambil keputusan untuk berehat sebentar dari kerja,” katanya kepada Kosmo!.
|
311gurl replied at 22-7-2022 04:11 AM
manrose tu dapat mana?
senrose je pada i lawa2… yang rizrose manrose ni cringe je
TomyamPuteh replied at 22-7-2022 11:31 AM
Mak Mentua aprena pencen GB. Pak Mentua dia pencen lecturer.
makadek replied at 22-7-2022 01:12 PM
Aku taknah nampak pn dia ni berlakon
SherryZass replied at 22-7-2022 11:18 AM
gabungan nama bapak & mak dia la jugak tu, man + rose.
Emilyyyyy replied at 22-7-2022 07:00 AM
Betul3. Dan dia ni antara sepupu paling kelako mengikut apa yg uqasha,nely,raysha kata la.
ADVERTISEMENT