CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2736|Reply: 25

"Terlalu Penat Kerja ,Susah Nak 'Bersama' Suami,"-Aprena Manrose Ambil Cuti Berlakon, Fokus Buat Anak

[Copy link]
Post time 22-7-2022 09:47 AM | Show all posts |Read mode
Selepas enam tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Aprena Manrose akur dengan ketentuan Tuhan apabila masih belum diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata sulung bersama suaminya, Mohd. Afiq Hazman.


Bagaimanapun, Aprena sentiasa positif dan percaya pada rezeki yang bakal dikurniakan oleh Allah SWT kepadanya untuk bergelar seorang ibu suatu hari nanti.


Foto: IG




Aprena atau nama lengkapnya Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 29, ketika dihubungi Kosmo! memberitahu, dia mengambil cuti panjang untuk berehat bagi memberi tumpuan sepenuhnya terhadap usaha mendapatkan zuriat.


“Buat masa sekarang saya sedang berehat dan mengambil cuti berlakon sebab mahu beri fokus pada usaha untuk mendapatkan cahaya mata.


“Seperti yang semua orang tahu, saya sudah berkahwin selama enam tahun, namun belum ada rezeki dIkurniakan zuriat. Jadi saya dan juga suami ambil keputusan untuk berehat sebentar dari kerja,” katanya kepada Kosmo!.


  



Ujar Aprena, badan yang terlalu penat kerana kesibukan bekerja juga boleh menjadi salah satu faktor penyebab seseorang itu sukar mendapat cahaya mata.


Dalam pada itu, Aprena yang juga anak kepada bekas penyanyi dangdut Iwan Syahman memberitahu dia tidak melakukan rawatan rawatan Persenyawaan in Vitro (IVF) sebaliknya berusaha untuk hamil secara semula jadi.


  



“Kami tidak buat IVF pun. Cuma rehatkan badan. Sebab kalau perempuan terlalu penat bekerja, susah untuk ‘bersama’ dengan suami. Bila badan penat macam mana nak ‘buat anak’?


“Lagipun saya dan suami sudah membuat pemeriksaan kesihatan dan kami sihat tanpa masalah untuk mendapatkan anak. Cuma belum rezeki lagi.


“Suami pun sarankan saya supaya berehat dahulu. Mungkin saya akan kembali bekerja pada bulan hadapan selepas beberapa bulan berehat. Itu pun saya tidak ambil ‘job’ terlalu banyak,” katanya.




  



Pada masa sama, Aprena bersyukur kerana mendapat seorang suami yang memahami dan tidak pernah mendesak untuk mendapatkan cahaya mata segera.


“Alhamdulillah suami dan juga keluarga mertua sangat memahami dan tidak pernah bertanyakan tentang hal cahaya mata.


  



“Saya dan juga suami pun tidak terlalu stres memikirkan soal anak. Kami jalani sahaja kehidupan berdua seperti biasa bersama-sama. Doakan kami yang baik-baik,” ujarnya.


Terdahulu, Aprena sebelum ini mengakui sedikit tertekan memikirkan soal cahaya mata selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga bersama Mohd. Afiq.


  



Bagaimanapun, keadaan dirinya masih lagi terkawal dan belum pernah berdepan dengan tekanan emosi memikirkan soal cahaya mata. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2022 11:03 AM | Show all posts
pengunguman gitu
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 11:05 AM | Show all posts
bersama ke x pon nak gtau org ehhh
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
manrose tu dapat mana?

senrose je pada i lawa2… yang rizrose manrose ni cringe je
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Nanti bagitau jugak bila nak berjimak, position apa, etc etc.
Ditunggu penuh harapan
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 11:17 AM | Show all posts
tadi baca citer apaknya ni anaknya pulakkk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-7-2022 11:18 AM | Show all posts
Edited by SherryZass at 22-7-2022 04:23 AM
311gurl replied at 22-7-2022 04:11 AM
manrose tu dapat mana?

senrose je pada i lawa2… yang rizrose manrose ni cringe je

gabungan nama bapak & mak dia la jugak tu, man + rose.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 11:21 AM | Show all posts
sheols cantik hubby pun herlok moga yg baik2 untuk sheolss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2022 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ikut baka iwan subur ni tp belum rezeki
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
TMI nya la hai
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Mak Mentua aprena pencen GB. Pak Mentua dia pencen lecturer.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Sayang betul masa tgh berdua ni terlalu bizi sampai takde masa nak bersama.
Kang kalau ada anak lagi la susah, korang2 yg blm lg anak ni hargailah masa lapang yg ada nih.
Apa kehal keje sampai 24jam?padahal anytime bleh g hanimun ke apa takyah tunggu cuti sekolah ke apa.
Bila orang sampai amik cuti semata2 nk buat anak secara semulajadi  rasa pelik juga la sedangakn air mani tu kalau terapung kt dlm kapal angkasa pun ktanya leh ngandungkan rakan sekerja angkasawan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 11:44 AM | Show all posts
TomyamPuteh replied at 22-7-2022 11:31 AM
Mak Mentua aprena pencen GB. Pak Mentua dia pencen lecturer.

Cane eh acik pencen bila menantu menceceh buat pengumuman cenggineh
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Smoga ada rezeki utk korg
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 11:58 AM | Show all posts
depa dan pasangan sama cantik sama handsome,

sepupu sepapat dah kawin, semua pun lambat dapat anak ehh...

aku paling suka tgk nelydia.. tak jemu mata memandang...

tak sabar tgk dia ada anak..

Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 12:00 PM | Show all posts
dalam bilik punye hal tayah la annouce semalaya acik...
aib ko maruah ko laki bini
simpan la elok2...
takpaham la aku pompuan zaman skang nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2022 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak jimak pun kecohhhhh..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku taknah nampak pn dia ni berlakon
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
makadek replied at 22-7-2022 01:12 PM
Aku taknah nampak pn dia ni berlakon

Ada beberapa drama bersiri kat TV3 dia pernah berlakon, tak ingat tajuk tapi bergandingan dgn Syukri Yahya ada dgn Hisyam Hamid ada.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
SherryZass replied at 22-7-2022 11:18 AM
gabungan nama bapak & mak dia la jugak tu, man + rose.

Betul3. Dan dia ni antara sepupu paling kelako mengikut apa yg uqasha,nely,raysha kata la.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 07:46 AM GMT+8 , Processed in 0.102056 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list