Seorang wanita Australia didenda 2,600 dolar Australia (kira-kira RM8,000) hanya kerana tidak mengisytiharkan sandwic Subway yang dibelinya di Singapura.
Jessica Lee berkata, denda itu dikenakan kerana melanggar undang-undang biosekuriti Australia. "Saya perlu membayar denda sebanyak 2,600 dolar Australia (kira-kira RM8,000) untuk sandwic Subway dari Singapura," katanya menerusi video di TikTok. Dia baru tiba di Perth selepas bercuti di Eropah dan transit dalam penerbangan pulang di Singapura.
Katanya, dia membeli sandwic berkenaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi kerana lapar selepas menempuh perjalanan selama 11 jam. "Saya sudah makan satu sandwic sebelum penerbangan kedua dan menyimpan bakinya untuk penerbangan pulang," katanya. Namun, dia tidak sedar keperluan mengisytihar barangan dibawa termasuk sandwic berkenaan. Katanya, dia perlu membayar denda itu dalam tempoh 28 hari sedangkan dia tidak lagi bekerja dan perlu membayar sewa. Jabatan Pertanian, Perikanan dan Perhutanan Australia mengenakan denda kepada pelancong yang melanggar Akta Biosekuriti, sekiranya gagal mengisytiharkan atau membuat pengisytiharan palsu mengenai barangan larangan. Sumber: Harian Metro
|
Samerosie replied at 21-7-2022 05:11 PM
dia ada choice sebenarnya dia boleh buang je kat tong sampah yg disediakan bila derang jumpa benda t ...
Samerosie replied at 21-7-2022 05:11 PM
dia ada choice sebenarnya dia boleh buang je kat tong sampah yg disediakan bila derang jumpa benda t ...
Rayna90 replied at 21-7-2022 08:25 PM
Aku tak boleh lupa masa sampai Melbourne, family Malay ni bawak dalam 50 cucuk sate siap nasi himpit ...
Zack8hunter replied at 21-7-2022 07:34 PM
Demi sesuap content katanyer..
ADVERTISEMENT