CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4380|Reply: 38

Didenda RM8,000 Kerana Bawa Sandwic Dari Singapura Ke Australia

[Copy link]
Post time 21-7-2022 04:47 PM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita Australia didenda 2,600 dolar Australia (kira-kira RM8,000) hanya kerana tidak mengisytiharkan sandwic Subway yang dibelinya di Singapura.


Jessica Lee berkata, denda itu dikenakan kerana melanggar undang-undang biosekuriti Australia.




TikTok




"Saya perlu membayar denda sebanyak 2,600 dolar Australia (kira-kira RM8,000) untuk sandwic Subway dari Singapura," katanya menerusi video di TikTok.


Dia baru tiba di Perth selepas bercuti di Eropah dan transit dalam penerbangan pulang di Singapura.







Katanya, dia membeli sandwic berkenaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi kerana lapar selepas menempuh perjalanan selama 11 jam.


"Saya sudah makan satu sandwic sebelum penerbangan kedua dan menyimpan bakinya untuk penerbangan pulang," katanya.


Namun, dia tidak sedar keperluan mengisytihar barangan dibawa termasuk sandwic berkenaan.







Katanya, dia perlu membayar denda itu dalam tempoh 28 hari sedangkan dia tidak lagi bekerja dan perlu membayar sewa.


Jabatan Pertanian, Perikanan dan Perhutanan Australia mengenakan denda kepada pelancong yang melanggar Akta Biosekuriti, sekiranya gagal mengisytiharkan atau membuat pengisytiharan palsu mengenai barangan larangan.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2022 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Oz & nz memang ketat immi deyols
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 05:04 PM | Show all posts
isytihar je, tak kisah bwk apa2 pun...iols bawak bilis, belacan, agar2, susu anak, ubat2 dll semua isytihar...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Camana dia voley tersenyum lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 05:10 PM | Show all posts
Undang-undang Australia sangat ketat dan memastikan yang paling selamat untuk orang ramai. foodle
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 05:11 PM | Show all posts
dia ada choice sebenarnya dia boleh buang je kat tong sampah yg disediakan bila derang jumpa benda tu tapi she decided to keep to kena la bayar.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-7-2022 05:21 PM | Show all posts
daku punya takut terkena denda declare tak declare oz ni, daku sebut seketul2 barang daku tak confident
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Buang kat tong sampah lerr lepas turun dari kapaltebang tuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2022 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Org2 yg buat unboxing video ni riak muka same je..mcm pakai standard template..so nmpk fake hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg melayu sana pesan soh declare je semua walopon brg tu maybe ok je boleh masuk.. bg sis..declare je la
.bwk imej malaysia yg busuk dek kutip anggur haram ni ke arah yg lebih baik.. abg immi ok je kalau declare
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 07:27 PM | Show all posts
Samerosie replied at 21-7-2022 05:11 PM
dia ada choice sebenarnya dia boleh buang je kat tong sampah yg disediakan bila derang jumpa benda t ...

kann... padahal masa beratur tu da tentu2 ada notis.. ada tong sampah segala...
dia boleh aja buang dulu sebelum beratur tu....
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 21-7-2022 05:11 PM
dia ada choice sebenarnya dia boleh buang je kat tong sampah yg disediakan bila derang jumpa benda t ...

Demi sesuap content katanyer..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
I speak no english tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha nnt mesti masuk border security. Aku iada tgk 1 episod ni, ah soo cina bawa banyak makanan tak declare. Akak immi ni tanya dia do you have any food. Ah soo ni dgn muka confident geleng kepala ckp No. sekali immi buka beg ada banyak makanan. Akak immi bisinglah, i ask you just now do have any food you said no. What is this??? Ah soo sengih blur2 jawab meat... Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 07:54 PM | Show all posts
padan muka .. bukan susah benar nak declare.. isi je borang kecik tuh.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku agak mesti dia lupa sandwich tu sbb dlm handbag kot, jadi tak terpk nk buang or declare.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2022 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak boleh lupa masa sampai Melbourne, family Malay ni bawak dalam 50 cucuk sate siap nasi himpit kena tahan biosekuriti. Lepas check lagi, siap bawa 6 carton rokok. Depa tak declare food.

Setiap kali fly, declare je ada ke tak makan tu belakang cerita. Tahun lepas, biosekuriti NZ ni mula-mula tahan asam jawa aku bawak, sebab ada biji. Lepas 5 minit, dia berubah fikiran letak balik asam jawa tu dalam bag aku and cakap jangan bawa benda ada benih untuk future reference, aku tak terpikir plak time tu nak tanam pokok asam jawa sedangkan aku tanam pokok kesum pun tak hidup dekat sini
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Rayna90 replied at 21-7-2022 08:25 PM
Aku tak boleh lupa masa sampai Melbourne, family Malay ni bawak dalam 50 cucuk sate siap nasi himpit ...

Dulu2 masa my mum melawat kitarang kat perth, everytime kena ingatkan jgn kutip butter ke apa roti ke yg tak habis makan dlm flight tu bawak turun.  Org tua tau je la semua nak ambik kata sayang membazir buang  bla bla bla.  One time i balik perth ada mamat ni tengah kat tong sampah tu sebelum customs menghabiskan cheese yg dia beli ke bawa ke dr sweden if not mistaken sebab tak nak kena buang or fined.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Zack8hunter replied at 21-7-2022 07:34 PM
Demi sesuap content katanyer..

La betulke ? Hampeh punya budak.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Mahal juga harga sebuah kebodohan..mak x mampu [em:9:]
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2026 08:33 AM GMT+8 , Processed in 0.987096 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list