Bintang k-pop terkenal Jackson GOT7 baru-baru ini mendedahkan mengenai tabiat luar biasanya semasa tidur. Pendedahan itu dibuat ketika muncul sebagai bintang tamu di WOODY FM, Thailand.
Perbualan itu bermula ketika Jackson ditanya tentang bagaimana dia bersantai di rumah. Menjawab hal ini, Jackson berkata bahawa dia biasanya tidur dengan keadaan berbogel. Ketika hos mengatakan bahawa dia merasa aman menggunakan pakaian semasa tidur, Jackson memberi pendapat berbeza.
Jackson berfikir bahawa menggunakan pakaian semasa tidur memberi batasan antara tubuh dan tempat tidur itu sendiri. Pada kesempatan ini, Jackson turut membincangkan perasaannya tentang kemunculan semula GOT7 baru-baru ini. Dia menjelaskan betapa istimewanya GOT7 kepadanya, jadi kemunculan semula mereka bukan hanya tentang kerja. “Ia benar-benar menyeronokkan. Ia lebih daripada sekadar perniagaan untuk saya,” katanya. Sudah tentu, kerana Jackson sanggup mengambil cuti tiga bulan daripada jadual peribadinya bagi membuat persiapan untuk kemunculan semula kumpulan itu. Sementara itu, GOT7 secara rasmi membuat kemunculan semula pada 23 Mei dengan melancarkan album bertajuk “GOT7” dan fancon 2022 “HOMECOMING with I GOT 7”. Seiring dengan itu, mereka turut mengadakan konsert pada 21-22 Mei lalu di Olympic Handball Gymnasium untuk menyambut peminat secara langsung. Sumber: Murai |
gideoncross replied at 22-7-2022 07:33 AM
Sleeping naked ni iol prnh bca d galakkan utk ksihatan dlaman esp psl blood flow, klau pkai ketat2 m ...
treschique replied at 22-7-2022 10:18 PM
kwn iol kt iceland time AFS dulu ada cite dia tido naked and wondering kita kt negara panas2 lemba ...
ADVERTISEMENT