CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Baru 8 Bulan, Kontrak RM4.5 Juta Brooklyn Beckham Dibatalkan Sebab Makan Daging

20-7-2022 03:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4522| Komen: 20

Description: Kontrak dimeterai anak legenda bola sepak dunia, David Beckham, Brooklyn Beckham dibatalkan walaupun baru lapan bulan dilantik menjadi salah satu wajah kempen jenama fesyen terkenal.
Kontrak dimeterai anak legenda bola sepak dunia, David Beckham, Brooklyn Beckham dibatalkan walaupun baru lapan bulan dilantik menjadi salah satu wajah kempen jenama fesyen terkenal.


Jenama fesyen tersebut, Superdry, dilaporkan menghentikan kerjasama dengan Brooklyn selepas mendapat banyak respons kurang baik dari dalam kalangan pengguna media sosial dan penggemar barangan keluaran mereka.


IG Brooklyn

Brooklyn, 23, sebelum ini diketahui menandatangi kontrak bernilai RM4.5 juta (£1 million) bersama Superdry pada November tahun lalu sebagai wajah baharu mereka.

Selepas menjadi ‘wajah Superdry’, Brooklyn pun menjalankan tanggungjawab dengan mempromosikan produk terkini jenama tersebut menerusi platform media sosial, termasuk Instagramnya yang memiliki 14 juta pengikut.


Malangnya, kemas kini dan promosi kolaborasi bersama Superdry itu menuai kritikan, lapor DailyMail.UK.

Selain ada yang mendakwa ia menimbulkan konflik kerana Brooklyn juga memiliki kerjasama dengan jenama lain, banyak yang mengatakan pemilihan anak Victoria Beckham itu bertentangan dengan ‘gaya hidup’ Superdry.

Pengguna media sosial mendakwa, produk terkini Superdry bersifat ‘mesra’ gaya hidup sihat seperti memakan sayur sayuran atau vegan.

Ia bertentangan dengan pekerjaan Brooklyn sebagai seorang chef selebriti dan memakan daging!



Malah, Brooklyn dipetik berkata sewaktu memeterai kerjasama dengan mengatakan isterinya, Nicola Peltz menyukai t shirt dari Superdry kerana ia selesa selain ‘mencuri’ pakai untuk tidur kerana materialnya lembut.

“Saya juga menggemari sehelai jaket dan sepasang kasut yang ‘mesra vegan’. Bagaimana ia mampu terjadi?” katanya.


IG Brooklyn

Ironi, Brooklyn juga menerima kritikan yang teruk di atas predikat selebriti chef melalui program masakannya. Dia didakwa langsung tidak mempunyai bakat memasak, tetapi hanya menggunakan populariti untuk mewujudkan impiannya.


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gideoncross 20-7-2022 03:54 PM
Hahahahaha, loserrrr.
Quote Thunderclouds 20-7-2022 06:54 PM
Hahahahaha... double loser. Brapa lama la nicola nk simpan wat laki.
Quote Tembikaigoreng 20-7-2022 10:16 PM
Dia chef betul ke?
Quote whimsicalmusic 21-7-2022 12:49 AM
Die ni kalo bkn anak sape2 mmg org xpndang pn..muka pn xhensem hahaha
Quote missyL 21-7-2022 01:37 AM
Masak campak2 kt ig n tt ntah ape2 tros dpt title chef
Ewww
Quote melekaifc 21-7-2022 08:44 AM
reta dia pon lg banyak dari nilai kontrak. apaadahal
Quote skinsandstars 21-7-2022 09:25 AM
so so je lah. dia pun agaknya respond "kezzahhhhh"
Quote AcikBuncit 21-7-2022 02:57 PM
Kenapa la org suka buat tatoo kat bdan ni. Tak nampak lawa pn. Kdg penuhhh satu bdn tu. Semak mata tgk.. Crowded giler
Quote aammyy 25-7-2022 12:24 PM
AcikBuncit replied at 21-7-2022 02:57 PM
Kenapa la org suka buat tatoo kat bdan ni. Tak nampak lawa pn. Kdg penuhhh satu bdn tu. Semak mata t ...

Bapak dia pun tatu penuh badan kan.
Quote aammyy 25-7-2022 12:26 PM
Umur dia baru 23?? Awai kahwin nohh. Baru tau dia couple dgn Chloe Moretz tu waktu umur baru 15 sampai 17 mcm tu.
Quote beatgirlX 27-7-2022 10:19 PM
aammyy replied at 25-7-2022 12:24 PM
Bapak dia pun tatu penuh badan kan.

Iyerrr...Becham pun bertatu penuh
Quote namr 28-7-2022 08:14 AM
ko abiskan reta bapak je la dek..
Quote royaldanish 1-8-2022 01:46 PM
dia pun tak heran... duit dh banyak dari fetus lagi
Quote royaldanish 1-8-2022 01:46 PM
dia pun tak heran... duit dh banyak dari fetus lagi
Quote BungaMataKucing 2-8-2022 04:08 PM
Kalau bapak bukan david beckham takde sape kisah kan ko dik, habiskan reta bapak jela
Quote _blackbird 3-8-2022 03:41 PM
ntah la kadang vegan dengan feminist ni mmg extreme. sejak bila jadi pemakan daging ni bukan mesra alam? abis vegan makan pokok tak mencemarkan alam ke??? kurang dah pembekal oksigen dimenketadarah dek vegan
Quote alongweeda 29-8-2022 03:29 PM
brp tgi mamat ni....
Quote lattehazelnut 31-8-2022 02:56 PM
Xnah tau pun superdry vegan..
Mcm ada je material dia drp binatang..
N kalau betul vegan sgt, knp xcarik artis yg mmg vegan in the first place..
Quote SedihPedih 1-9-2022 02:44 PM
org dh tak nak..dia bg le alasan..

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 05:02 PM GMT+8 , Processed in 0.133400 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top