CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rakaman CCTV Wanita Mirip Zalina Azman Di Hotel, Sempat Buka Mask Depan Kaunter

21-7-2022 01:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12826| Komen: 138

Selepas kecoh kelibat Zalina Azman dilihat di sebuah kafe, terbaharu polis mendedahkan rakaman litar tertutup (CCTV) seorang wanita mirip bekas personaliti televisyen TV3 itu memasuki sebuah hotel di Shah Alam pada Isnin lalu.


Menerusi rakaman itu, kelihatan wanita berpakaian serba hitam berjalan masuk di ruangan lobi sambil membawa dua buah beg.

Bagaimanapun berdasarkan rakaman sekitar pukul 1.35 tengah hari itu, tiada kelibat kakitangan hotel berada di bahagian kaunter menyambut wanita berkenaan.

Foto: Tiktok

Turut kelihatan individu berkenaan membuka pelitup mukanya buat seketika.


Tidak lama selepas itu, wanita tersebut terus berjalan keluar meninggalkan hotel berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, pihaknya sudah menyemak tentang identiti wanita dalam rakaman itu yang didapati adalah seorang gelandangan.



Katanya wanita itu adalah individu sama yang datang ke sebuah kafe seperti dilaporkan sebelum ini.

Tambah Mohd Iqbal lagi, pihaknya juga turut memperoleh rakaman daripada seorang pemilik kafe di Seksyen 9 yang sebelum ini mendakwa wanita mirip Zalina datang ke restoran itu dan polis mendapati ia gelandangan yang sama.

"Pihak kami sudah menyemak dengan pekerja kafe dan mendapati individu yang datang adalah gelandangan yang ditemui di tasik Seksyen 2. Semua rakaman adalah orang yang sama dan bukannya orang hilang," katanya.

Terdahulu, bekas pengacara program Money Matters berusia 58 tahun itu dilaporkan hilang sejak November tahun lalu.

Anak lelaki Zalina membuat laporan tentang kehilangan ibunya selepas cubaan mencari dan menghubungi wanita itu gagal ketika ingin memaklumkan bapanya dimasukkan ke hospital.

Sejak itu, pelbagai usaha mencari Zalina dilakukan termasuklah rakan baiknya, Senator Datuk Ras Adiba Radzi telah memulakan misi pencarian Zalina di sekitar Shah Alam sejak Selasa lalu.

"Siasatan CCTV dan semakan bersama kakitangan kafe mendapati individu tersebut merupakan gelandangan yang ditemukan di tasik Seksyen 2 (Tasik Shah Alam, Seksyen 14). Justeru identitinya bukanlah OH (Orang Hilang)," jelasnya.

Sebelum ini, bekas pengacara Money Matters, Zalina Shaharah Azman, 58, dilaporkan hilang oleh Polis Shah Alam pada Isnin.

Dimaklumkan, ahli keluarga Zalina juga sudah mengemukakan laporan kehilangan wanita itu sejak 29 November 2021 ketika anaknya ingin memaklumkan bapanya yang dimasukkan ke hospital.

Pada masa sama, Mohd. Iqbal juga memaklumkan ahli keluarga Zalina tidak lagi menetap di Shah Alam kerana sudah berpindah.

Bagaimanapun lokasi kediaman mereka tidak didedahkan. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AbukRokok 21-7-2022 01:28 PM
dia la tu
gelandangan mana nk masuk otel
Quote cap_ayam 21-7-2022 01:29 PM
Sian.. semoga wanita ni selamat walau dimana berada..
Quote che-cikL 21-7-2022 01:38 PM
Kenapa, orang hilang tu tak boleh jadi gelandangan ke?
Quote mawarkhayalan99 21-7-2022 01:56 PM
entah2 mmg sheolssss
Quote supernaturalee 21-7-2022 01:59 PM
xkan gelandangan kot
sbb ikat sanggul tinggi mcm terletak
messy sikit2 je kt tepi

that is probably her

tp mcm ada dh kn statement polis dh jumpa gelandangan tu dan sahkan bukan dia


Quote elzy 21-7-2022 02:01 PM
Gaya macam ZA.. Kesian takde org attend dia..
Quote Decaffeinated 21-7-2022 02:04 PM
Polis bohong sunat ka ni?

Quote jalfa 21-7-2022 02:08 PM
Gelandangan ke.cara jalan sgt teratur dan sopan...
Quote Lagubestbest 21-7-2022 02:08 PM
ntah2 dia. lupa ingatan ke ape. almaklumle long covid ke ape.. sape tau.
Quote minahsenget 21-7-2022 02:10 PM
nampak mcm dia
Quote prince_marhaen 21-7-2022 02:16 PM
instinct meols rasa itu memang dia, ZA, ye lah dah berbulan MIA kan...mestilah ada perubahan mental, trauma ke, fizikal, lagipun sheols pun sblm hilang tengok gambar kat IG Ras Adiba pun dah macam homeless je... mungkin 'gelandangan' itu dia, dia tak mengaku ke, hilang ingatan ke kan... kenapa tak cuba cari gelandangan tu dan simpan lah 2-3 hari ke...
Quote kechikchomel 21-7-2022 02:23 PM
iolss pun nampak macam dia. masa awal2 keluar berita ZA hilang kan ada yg tweet nampak kelibat ZA bawa beg 2 buah
tapi kat atas tu nampak macam sebuah je.
Quote moonela 21-7-2022 02:31 PM
90% macam dia...tak nampak macam gelandangan dari segi physical appearance..susuk dari jauh pun almost 90% fizikal look alike ZA. .



my 5 cent assumption ..
Quote jazaa100 21-7-2022 02:32 PM
Geladangan check in hotel.....
Quote akies 21-7-2022 02:37 PM
Ntah2 mmg dia.. gaya mcm sama je..
Kalau org tanya nama dia..takkan dia nak ngaku kan
Quote akusukaq 21-7-2022 02:41 PM
Edited by akusukaq at 21-7-2022 02:59 PM

Kalu dia tak ingat apa apa camne plk polis tau yg itu bukan dia. Dia hanya ingat diri dia sebagai gelandangan
Apa bukti polis nafi itu  ZA. Style dia berjalan tak mcm gelandangan pun.
Quote seri_mawr 21-7-2022 02:41 PM
gelandangan ke...mcm kemas jek...

pastu gelandangan masuk hotel ke..? bukan klu gelandangan port bawah jambatan je ke...
Quote che-cikL 21-7-2022 02:42 PM
kechikchomel replied at 21-7-2022 02:23 PM
iolss pun nampak macam dia. masa awal2 keluar berita ZA hilang kan ada yg tweet nampak kelibat ZA ba ...

Kat atas mana uols tengok? Kalau video di reception counter tu, mmg ada bawa 2 buah beg.
Quote kechikchomel 21-7-2022 02:45 PM
Edited by kechikchomel at 21-7-2022 02:49 PM
che-cikL replied at 21-7-2022 02:42 PM
Kat atas mana uols tengok? Kalau video di reception counter tu, mmg ada bawa 2 buah beg.

gambar yg diambil dari video tiktok tu. ada 2 gambar sebelah menyebelah. satu di zoom, satu lagi gambar jauh.
video tu iolss tak dapat tgk.

ohhh...baru perasan. dalam artikel ni pun ada bagitau, orang ni bawa 2 buah beg.

Lihat semua komen(138)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 06:06 AM GMT+8 , Processed in 0.040146 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top