|
View: 13091|Reply: 135
|
Rakaman CCTV Wanita Mirip Zalina Azman Di Hotel, Sempat Buka Mask Depan Kaunter
[Copy link]
|
|
|
Selepas kecoh kelibat Zalina Azman dilihat di sebuah kafe, terbaharu polis mendedahkan rakaman litar tertutup (CCTV) seorang wanita mirip bekas personaliti televisyen TV3 itu memasuki sebuah hotel di Shah Alam pada Isnin lalu.
Menerusi rakaman itu, kelihatan wanita berpakaian serba hitam berjalan masuk di ruangan lobi sambil membawa dua buah beg.
Bagaimanapun berdasarkan rakaman sekitar pukul 1.35 tengah hari itu, tiada kelibat kakitangan hotel berada di bahagian kaunter menyambut wanita berkenaan.
 Foto: Tiktok
Turut kelihatan individu berkenaan membuka pelitup mukanya buat seketika.
Tidak lama selepas itu, wanita tersebut terus berjalan keluar meninggalkan hotel berkenaan.
Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, pihaknya sudah menyemak tentang identiti wanita dalam rakaman itu yang didapati adalah seorang gelandangan.
Katanya wanita itu adalah individu sama yang datang ke sebuah kafe seperti dilaporkan sebelum ini.
Tambah Mohd Iqbal lagi, pihaknya juga turut memperoleh rakaman daripada seorang pemilik kafe di Seksyen 9 yang sebelum ini mendakwa wanita mirip Zalina datang ke restoran itu dan polis mendapati ia gelandangan yang sama.
" ihak kami sudah menyemak dengan pekerja kafe dan mendapati individu yang datang adalah gelandangan yang ditemui di tasik Seksyen 2. Semua rakaman adalah orang yang sama dan bukannya orang hilang," katanya.
Terdahulu, bekas pengacara program Money Matters berusia 58 tahun itu dilaporkan hilang sejak November tahun lalu.
Anak lelaki Zalina membuat laporan tentang kehilangan ibunya selepas cubaan mencari dan menghubungi wanita itu gagal ketika ingin memaklumkan bapanya dimasukkan ke hospital.
Sejak itu, pelbagai usaha mencari Zalina dilakukan termasuklah rakan baiknya, Senator Datuk Ras Adiba Radzi telah memulakan misi pencarian Zalina di sekitar Shah Alam sejak Selasa lalu.
"Siasatan CCTV dan semakan bersama kakitangan kafe mendapati individu tersebut merupakan gelandangan yang ditemukan di tasik Seksyen 2 (Tasik Shah Alam, Seksyen 14). Justeru identitinya bukanlah OH (Orang Hilang)," jelasnya.
Sebelum ini, bekas pengacara Money Matters, Zalina Shaharah Azman, 58, dilaporkan hilang oleh Polis Shah Alam pada Isnin.
Dimaklumkan, ahli keluarga Zalina juga sudah mengemukakan laporan kehilangan wanita itu sejak 29 November 2021 ketika anaknya ingin memaklumkan bapanya yang dimasukkan ke hospital.
Pada masa sama, Mohd. Iqbal juga memaklumkan ahli keluarga Zalina tidak lagi menetap di Shah Alam kerana sudah berpindah.
Bagaimanapun lokasi kediaman mereka tidak didedahkan. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
dia la tu
gelandangan mana nk masuk otel |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sian.. semoga wanita ni selamat walau dimana berada.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa, orang hilang tu tak boleh jadi gelandangan ke? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
xkan gelandangan kot
sbb ikat sanggul tinggi mcm terletak
messy sikit2 je kt tepi
that is probably her
tp mcm ada dh kn statement polis dh jumpa gelandangan tu dan sahkan bukan dia
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Gaya macam ZA.. Kesian takde org attend dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Polis bohong sunat ka ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Gelandangan ke.cara jalan sgt teratur dan sopan... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ntah2 dia. lupa ingatan ke ape. almaklumle long covid ke ape.. sape tau. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
instinct meols rasa itu memang dia, ZA, ye lah dah berbulan MIA kan...mestilah ada perubahan mental, trauma ke, fizikal, lagipun sheols pun sblm hilang tengok gambar kat IG Ras Adiba pun dah macam homeless je... mungkin 'gelandangan' itu dia, dia tak mengaku ke, hilang ingatan ke kan... kenapa tak cuba cari gelandangan tu dan simpan lah 2-3 hari ke... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
iolss pun nampak macam dia. masa awal2 keluar berita ZA hilang kan ada yg tweet nampak kelibat ZA bawa beg 2 buah
tapi kat atas tu nampak macam sebuah je.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
90% macam dia...tak nampak macam gelandangan dari segi physical appearance..susuk dari jauh pun almost 90% fizikal look alike ZA. .
my 5 cent assumption ..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Geladangan check in hotel..... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ntah2 mmg dia.. gaya mcm sama je..
Kalau org tanya nama dia..takkan dia nak ngaku kan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by akusukaq at 21-7-2022 02:59 PM
Kalu dia tak ingat apa apa camne plk polis tau yg itu bukan dia. Dia hanya ingat diri dia sebagai gelandangan
Apa bukti polis nafi itu ZA. Style dia berjalan tak mcm gelandangan pun.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
gelandangan ke...mcm kemas jek...
pastu gelandangan masuk hotel ke..? bukan klu gelandangan port bawah jambatan je ke... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kechikchomel replied at 21-7-2022 02:23 PM
iolss pun nampak macam dia. masa awal2 keluar berita ZA hilang kan ada yg tweet nampak kelibat ZA ba ...
Kat atas mana uols tengok? Kalau video di reception counter tu, mmg ada bawa 2 buah beg. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by kechikchomel at 21-7-2022 02:49 PM
gambar yg diambil dari video tiktok tu. ada 2 gambar sebelah menyebelah. satu di zoom, satu lagi gambar jauh.
video tu iolss tak dapat tgk. 
ohhh...baru perasan. dalam artikel ni pun ada bagitau, orang ni bawa 2 buah beg.

|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|