CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

27 Hari Ditayangkan, Mat Kilau Kutip RM84 Juta

20-7-2022 05:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3708| Komen: 36

Selepas 27 hari ditayangkan, filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan berjaya meraih kutipan RM84 juta. 

Penerbitnya yang juga pengarah urusan Studio Kembara, Abdul Rahman Mt Dali berkata, pihaknya masih belum mendapat jumlah tepat membabitkan kutipan dalam negara.


Foto: IG

"Setakat semalam, kutipan filem Mat Kilau mencecah RM84 juta. Dianggarkan, untuk kutipan dalam Malaysia saja RM79 juta, tolak Singapura dan Brunei. Sebab, saya difahamkan kutipan di Singapura belum ditukar kepada nilai Ringgit Malaysia.  

"Insya-Allah, menjelang hujung minggu ini jumlah kutipan terus bertambah. Jika tidak ada pihak yang membocorkan file mini di YouTube atau platform lain. Seperti yang saya cakap sebelum ini kita yakin filem Mat Kilau mampu mengatasi filem kutipan filem paling laris ditayangkan di Malaysia iaitu Avengers: Endgame yang mengutip RM87 juta," katanya kepada Harian Metro. 


Menurut Abdul Rahman, pihak panggung Golden Screen Cinemas (GSC) melanjutkan dua minggu lagi tayangan filem itu. 

"Saya dimaklumkan oleh pihak GSC, mereka tambah lagi dua minggu. Panggung lain mereka kena tengok pada sambutan filem ini. 

"Apa pun, saya tetap bersyukur dan bangga apabila kejayaan diraih filem ini meletakkan satu lagi standard baru kepada filem tempatan. Dalam masa sama, kita boleh buktikan filem Melayu juga boleh berjaya. 

"Difahamkan ada filem Hollywood terpaksa ditunda tayangannya kerana filem Mat Kilau masih mendapat sambutan baik. Bagi saya, ini peluang untuk kita menghasilkan lebih banyak filem yang baik dan berkualiti pada masa akan datang," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 20-7-2022 08:11 PM
tggu masuk netflix ar...............
Quote Solokkk 20-7-2022 08:31 PM
Tahniah…..
Quote Adrif 20-7-2022 10:59 PM
nak tengok takde masa

takpe, aku tunggu setahun dua nanti tayang kat tv3 pukul 9 malam baru aku tengok

very the penyabar kan gue  
Quote Whitney72 21-7-2022 12:17 AM
Akhirnya penerbit bersuara..ni asyik Sol je pot pet pot pet...
Humble btul produser
Quote I.K.A888990 21-7-2022 02:17 AM
agak2 sambung tayangan sampai bulan kemerdekaan tak ogos ni
Quote Perawankota 21-7-2022 02:49 AM
Td saja tgk kat apps, oklah tayang an waktu petsng pon dah turun harga Tiket ke rm12
Quote stingergrumpy 21-7-2022 04:22 AM
I.K.A888990 replied at 21-7-2022 02:17 AM
agak2 sambung tayangan sampai bulan kemerdekaan tak ogos ni


Gaji 25th ini dah tight sangat keww tak boleh peruntukkheun utk nonton  anak beranak? Kena tunggu gaji bulan ogos pulak?
Quote she 21-7-2022 04:54 AM
Macik ajak anak2 teruna pegi tengok
Sorang pun nda mau pergi bah
Last2 tengok Minion

Nda apa lah
Macik tunggu Netflix ajelah
Penat tau bayar tiap bulan (bukan beli Shopee)
Quote None68 21-7-2022 05:55 AM
Oklah tu i pun contribute sikit, harap para pelakon/produksi dapat bonus la ye.
Quote nadie90 21-7-2022 08:50 AM
Semalam p tgk skli lgi...ceq rasa penonton2 yg 1 panggung dgn ceq pun yg mai tgk skli lg...hat tu blum kira lg
Quote hayrin86 21-7-2022 09:05 AM
I.K.A888990 replied at 21-7-2022 02:17 AM
agak2 sambung tayangan sampai bulan kemerdekaan tak ogos ni

Rasanya sampai Malaysia beraya, sama ada 31 Ogos atau 16 September..

Quote HoneyManjer 21-7-2022 09:30 AM
netflix bila nak masuk?
malers nak p panggung...
Quote HoneyManjer 21-7-2022 09:30 AM
netflix bila nak masuk?
malers nak p panggung...
Quote EJALTI 21-7-2022 09:35 AM
Tahniah...
Quote AshkieLa 21-7-2022 09:44 AM
jangan lupa bonus pelakon dan crew....
Quote shiraloveyou 21-7-2022 09:53 AM
Sempat lagi kalau nak caras kutipan endgame...MK2 nanti besar la bajet..boleh la buat lagu OST..lepas tu hidupkan balik wahid
Quote KamikuP 21-7-2022 11:14 AM
Nak pegi tengok tapi anak demam le pulek. Takpe meolls tunggu kat neflix jahh nnti nak hias rumah mcm pawagam gitew
Quote Mary_jane 21-7-2022 11:32 AM
she replied at 20-7-2022 09:54 PM
Macik ajak anak2 teruna pegi tengok
Sorang pun nda mau pergi bah
Last2 tengok Minion

Best ka Minion?Tunggu Netflix jak lah makcik.Hari tu bilang Netflix offer 7juta.

Quote Mary_jane 21-7-2022 11:33 AM
hayrin86 replied at 21-7-2022 02:05 AM
Rasanya sampai Malaysia beraya, sama ada 31 Ogos atau 16 September..

Baru lah memasing semangat patriotik gitew.
Yang reputs plak dok ulang2 soalan apa makna kemerdekaan pada anda. Yihhh.

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:58 AM GMT+8 , Processed in 0.062745 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top