Tema persandingan pasangan pengantin di Indonesia baru-baru ini telah menerima kecaman netizen. Sebuah video yang dikongsikan di Twitter menyaksikan pengantin lelaki menghisap rokok dan menunjukkan kelakuan acah gangster semasa majlis berlangsung.
Pengantin lelaki turut memberikan sejumlah mas kahwin sekitar 100 juta Rupiah (RM29,715.33) yang dikeluarkan daripada beg miliknya di hadapan pengantin wanita. Tweet tersebut dihujani kecaman netizen yang menganggap perbuatan pengantin itu sangat biadap serta mengundang kemarahan beberapa pihak. Walau bagaimanapun, pengantin lelaki berkenaan tampil menjelaskan bahawa kelakuannya hanyalah sebahagian daripada konsep perkahwinan yang disuruh oleh pihak fotografi.-CARI
|
prizadane replied at 21-7-2022 06:54 AM
masalahnya hodoh. kalau rupa paras macam song joong ki dalam Vincenzo tu, boleh lagi terima. ni maca ...
ADVERTISEMENT