CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Siti Nurhaliza Suruh Penyanyi Baharu Pergi Kelas Vokal Sebelum Menyanyi Live

20-7-2022 05:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5061| Komen: 36

Datuk Seri Siti Nurhaliza menasihati penyanyi baharu supaya lebih banyak membuat latihan untuk menyanyikan lagu mereka jika membabitkan persembahan secara langsung atau 'live'. 


Siti, 43, berkata, sesi rakaman di studio dan persembahan secara langsung adalah dua situasi, emosi dan suasana berbeza. 


Foto: IG

"Diakui dulu walaupun sudah biasa menyanyi, tapi apabila ada satu lagu yang memang tiba-tiba meletup dan kena menyanyi 'live', perasaan gementar memang banyak dan tinggi. Jadi, kalau artis baru dia kena hadapi perkara ini dengan tenang.  

"Memang betul kita sudah menyanyi sedap dalam studio. Orang nak dengar kita nyanyi 'live' tu lebih sedap atau sebaliknya. Memang kena bersedia mental fizikal. Jadi, kena selalu berlatih dan berlatih untuk melancarkan setiap nyanyian," katanya. 


Menurut Siti, tidak salah penyanyi baharu mengikuti kelas vokal sebagai persediaan dalam kerjaya mereka. 



"Tak salah ke kelas vokal. Kadang teknik nyanyian kita tak belajar. Apabila sudah belajar baru kita tahu teknik yang boleh membantu nyanyian kita. Sebab bila lagu tu dah popular menjadi masalah untuk kita pula. 

"Itu saya hadapi juga dulu, bila di studio menyanyi bukan main tinggi, bolehlah ulang banyak kali. Tapi bila nyanyi 'live' sekali saja, kalau menjadi, 'pitching' sampai, kiranya memang boleh menyanyi dengan baik. Tapi sebenarnya kalau kita menyanyi kena ikut kemampuan kita, latihan selalu, ia akan okay," katanya. 



Dalam masa sama, Siti mengakui ada ketikanya perasaan gementar itu masih ada dalam dirinya setiap kali sebelum membuat persembahan lagu baharu. 

"Perasaan gementar tu ada juga. Sebab tu kalau sudah keluarkan lagu kena bersedia, fizikal dan mental. Latihan hari-hari dan menyanyi. Macam mana sedap di radio tu, dengar jugalah macam mana kita nyanyi 'live'. Banyakkan latihan," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Acikgomen 20-7-2022 05:16 PM
Ni ngate kat bdk pompuan fefeling sora soprano yg nyanyi lagu ereb tesengih2 tu ke
Quote dua_chzy 20-7-2022 05:19 PM
Acik Siti ni tak masuk kelas vokal pun mampo nyanyi dengan baik tak off key bagai kerana bakat semulajadi.

Adik2 Youtube termasuk Khai Bahar kena kerja 10 kali ganda lagik keras dari acik Siti jika mahu terer nyanyi live.
Quote September14 20-7-2022 05:24 PM
Penyanyi baru skg nynyi mmg teruk level2 apek yasin jer suara
Quote SisLena 20-7-2022 06:05 PM
I setuju tokti. Tokti humming pon sedap. Bdk br tu nyanyi lagu senang pn x cukup napas
Quote ashilalat 20-7-2022 06:20 PM
Tp kenapa ye, penyanyi dlu idok la beriya pegi kelas vokal. Tp bila nyanyi live, memang elok je. Takde la sumbang.

Tp penyanyi baru skang, yg dah taraf menang award popular pon mcm wany, khai, haqim masihnx kedengaran perfect. Apatah lagi yg gred bawahan, mmg sumbang ke laut dalam la peginya. Stress dengar nyanyian live.

Penyanyi seangkatan Siti mcm Liza Hanim, Dayang Nurfaizah, Nora sehinga sekarang masih boleh nyanyi live dengan baik.
Quote lee_sakura 20-7-2022 06:40 PM
iols setuju ngan tokti
Quote sleepandream 20-7-2022 07:55 PM
tapi kalau tokti, iols lagi suka dgr live performance berbanding album studio...
byk kali iols tengok konsert sheols kalau tgh bercakap suara mcm dah nak hilang penat2 gitu tapi bila masuk je muzik auto bertukar suara sheols
Quote Solokkk 20-7-2022 08:29 PM
Setuju dgn Tok Ti yg otai nyanyi live.
Quote Cokoro 20-7-2022 08:40 PM
Tokti mmg bakat semulajadi anugerah dari Ilahi
Quote esbok 20-7-2022 09:02 PM
ashilalat replied at 20-7-2022 06:20 PM
Tp kenapa ye, penyanyi dlu idok la beriya pegi kelas vokal. Tp bila nyanyi live, memang elok je. Tak ...

dulu nak tembus masuk, audition depan muka
sekarang zaman mee instant
la ni kau pandai market kat medsos, kecebur nama ko. lepas tu pepandai lah hidup
Quote Orix 20-7-2022 09:03 PM
Tokti mmg gifted gila bab menyanyi
Quote Nanadjo 20-7-2022 09:09 PM
ashilalat replied at 20-7-2022 06:20 PM
Tp kenapa ye, penyanyi dlu idok la beriya pegi kelas vokal. Tp bila nyanyi live, memang elok je. Tak ...

Dulu tu bakat nyanyi, kau nyanyi tak best, tenggelam la kau, mana ada platform lain nak famous, sekarang ni bakat nyanyi ke laut, asal famous je boleh buat lagu, tak sedap, boleh edit suara jadi sedap. Orang kecam, kerjaya nyanyian kau jatuh pun, banyak lagi benda kau boleh buat sebab banyak platform untuk bagi kau famous.
Quote danieladam 20-7-2022 11:47 PM
Tok ti nyanyi live memang puas hati dengar terutama waktu zaman prime tahun 2003 hingga 2006.
Quote Solokkk 23-7-2022 03:17 PM
Tok Ti nih gifted. Penyanyi yg mungkin ujud di Malaysia untuk setiap setengah abad.
Quote espri6006 23-7-2022 03:22 PM
i suka dengan Sanisah Huri. Sharifah Aini , Wann, Siti Nurhaliza dan Jalam Abdillah..diaorg ni pernah nyanyi semual lagu2 orang lain very the sedap. Sanisah Huri dan Sharidah Aini off course lah nyanyi semula lagu2 lagu 5oan dan 60an terutama lagu2 dari filem. Wann juga ada koleksi lagu2 nostalgia..sampai skearang sedap didengar. Siti ...malas nak cakap..banyak sangat smua merdu. Jamal ..lagu M BOrhan, p ramlee dan Alleycats..
Quote ashilalat 23-7-2022 03:26 PM
espri6006 replied at 23-7-2022 03:22 PM
i suka dengan Sanisah Huri. Sharifah Aini , Wann, Siti Nurhaliza dan Jalam Abdillah..diaorg ni perna ...

Dalam senarai tu, semua ok. Mmg sedap cover lagu orgz kecuali Wann.

Sedap ke Wann menyanyi? Aku rasa mcm meneran sangat.
Quote espri6006 23-7-2022 03:32 PM
ashilalat replied at 23-7-2022 03:26 PM
Dalam senarai tu, semua ok. Mmg sedap cover lagu orgz kecuali Wann.

Sedap ke Wann menyanyi? Ak ...

sedap je...cuba dengar lagu Darah Muda, Bossanova, hilang gelap timbul terang..semua sedap.
Quote ashilalat 23-7-2022 04:11 PM
Edited by ashilalat at 23-7-2022 04:12 PM
espri6006 replied at 23-7-2022 03:32 PM
sedap je...cuba dengar lagu Darah Muda, Bossanova, hilang gelap timbul terang..semua sedap.


Nanti lah aku dengar balik..sebab zaman budak² dlu dengar, rasa mcm meneran² dan tak clean suaranya. Mungkin sbb aku prefer suara yg clean dan merdu mcm tu kot, mcm jenis suara yg lain2 ko sebut tadi. Jenis clean, merdu yet powerful.

Terkini..dengar khai bahar cover lagu org, sedap juga lenggoknya. Merdu dan clean.
Quote lipasterbang 23-7-2022 11:23 PM
Bbnu skrg apa nak heran..nyanyi kelaut pun blh je popular..org malaysia mmg x peduli sgt suara hauk janji pandai market diri dgn kontroversi & cerita sensasi..sbb tu depa naik lemak, x mau belajar & improve
Cuba tgk skrg ni yg betul berbakat & suara power dipandang sepi je..

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:47 PM GMT+8 , Processed in 0.055660 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top