Insiden pelajar lelaki tingkatan satu yang didakwa mencederakan rakannya dan mengugut dengan pisau gara-gara enggan melakukan seks oral mengundang kebimbangan pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim.
Bimbang dengan tahap pemikiran dan gaya hidup remaja masa kini katanya. Dia juga mempersoalkan bagaimana kejadian seumpama itu boleh berlaku dalam kalangan remaja. Tambahnya, isu kesihatan mental dan tindakan diluar kawalan tanpa belas kasihan, seakan-akan memberi cerminan kehidupan tiada arah tuju dalam kalangan remaja. "Risau betul. Usia 13 tahun. Tidak tahu batas dan seperti sesat. Persoalannya, di mana dan bila dia belajar buat perkara macam ini? Atau ia 'normal'?" katanya menerusi entri di Twitter.
Sarimah mengulas mengenai kejadian itu pada Ahad lalu di sebuah taman perumahan di Gurun, Kedah. Dalam pada itu, Sarimah berkata, segala tindakan remaja boleh dipengaruhi individu di sekitarnya, malah ia dibuktikan melalui kajian. "Kajian menunjukkan, kanak-kanak akan melakukan perkara yang mereka lihat dan akan meniru daripada contoh," katanya. Susulan itu, mangsa berusia 11 tahun berkenaan mengalami lebam pada pipi kanan akibat ditampar dan dipukul suspek. Selain itu, terdapat kesan luka dan calar di dada, badan serta lutut kanan mangsa dipercayai dicederakan suspek dengan sebilah pisau. Sewaktu kejadian, suspek dikatakan membawa mangsa menaiki sebuah kereta Perodua Kancil dan diarahkan membuka seluar suspek dan meminta menghisap kemaluannya, tetapi ditolak mangsa dan berlaku pergelutan. Akibat perbuatan itu, suspek direman selama empat hari bagi membantu siasatan dibawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTKK) 2017 serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. Sumber: mStar
|
chilly replied at 21-7-2022 05:41 AM
Cantiknya kasut dia.
she replied at 21-7-2022 05:04 AM
Macik harap budak kancil di dapat hukuman
Memandangkan mangsa adalah anak kepada kenalan macik
Macik ...
Lily_Elizabeth_ replied at 20-7-2022 04:58 PM
Dia should jaga anak dia sendiri.
achilles_heel replied at 21-7-2022 08:42 AM
kenal x family budak kancil tu? mak bapak dia memang jenis x reti ajar anak ke dan biar anak buat ...
chilly replied at 21-7-2022 05:41 AM
Cantiknya kasut dia.
Adrif replied at 20-7-2022 08:41 PM
kes ni menggemparkan negara jugak ler.. sangat heavy topic..
tapi mana menteri berkenaan.. asal ...
nurul_akmar replied at 21-7-2022 08:10 AM
aku pon pk menda yg sama.. cantiknya kasut dia
mojarean_X replied at 21-7-2022 07:12 PM
Sila gunakan gambar terbaru beliau selepas transformation
Lily_Elizabeth_ replied at 20-7-2022 04:58 PM
Dia should jaga anak dia sendiri.
Buritan replied at 21-7-2022 07:26 PM
Aku nak ckp sarimah ni makin tuek makin cung ..
achilles_heel replied at 21-7-2022 08:42 AM
kenal x family budak kancil tu? mak bapak dia memang jenis x reti ajar anak ke dan biar anak buat ...
ADVERTISEMENT