CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Suami Marah Nadya Syahera Mengadu Di Socmed- "Saya Nak Perhatian, Bukan Duit Je"

20-7-2022 12:52 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 9436| Komen: 50|Original author: Saiful

Nadya Syahera mengakui rumah tangga yang dibina sejak tujuh tahun lalu sedang menghadapi masalah. 

Namun kata Nadya dia dan suami tidak bergaduh cuma jarang berkomunikasi antara satu sama lain disebabkan kekangan masa.


Foto: IG

"Boleh dikatakan macam itu (rumah tangga bergoyang) tetapi kami tidak bergaduh. Kami masih cakap macam biasa.

"Bagi pandangan dia, isteri haruslah lakukan tugasan di rumah bukan suami kerana tugas dia hanya cari duit. Mungkin juga dia terlupa yang saya juga bekerja.

"Kami berdua sebenarnya perlu banyak berkomunikasi. Saya tengah prepare untuk jadi lebih baik dan sama juga di pihak suami. Kami tengah perbaiki," katanya seperti dipetik di Oh Bulan.




Ditanya respon suami apabila dia memilih untuk berkongsi masalah kepada umum, pemilik nama Nadya Syahera Rosli berkata Fizul marah dan kecewa dengan tindak-tanduk itu.

"Dia marah. Dia kecewa bila saya pilih platform itu untuk bercakap dengan dia. Tapi saya terangkan balik, saya baru cakap sepatah..dia dengan telefon bimbit dan dunia dia.




"Saya tak ada nak aibkan sesiapa. Saya tulis pun secara random. Itu hanya 10% yang saya rasa. Dia pun dah fikir secara rasional dan boleh terima.

"Saya bagi pihak dia juga minta maaf atas kata-kata di Instagram yang menyebabkan ada pihak yang kurang senang atau menimbulkan kecaman ramai orang. Saya terima apa saja yang orang cakap.


"Yang negatif, saya tolak tepi sebab tak nak kusutkan kepala. Saya hanya ambil kata-kata positif sebab saya seorang di rumah. Alhamdulillah DM saya penuh komen positif."

Nadya juga menekankan hanya perhatian yang diinginkan bukan wang ringgit atau harta benda.



"Faham la wanita. Cuba faham isi wanita sebenarnya. Bukan harta benda yang dia nak kadang-kadang. Selalu orang fikir perempuan nak duit, materialistik.. Sebenarnya tidak!

"Cukup dengan bagi perhatian, itu sudah memadai. Kadang bawa pergi makan dekat kedai mamak pun sudah boleh bahagiakan. Tak semestinya bagi duit.


"Itu saya, orang lain tak tahu. Daripada lepak satu jam bershisha dengan kawan, lebih baik lepak dengan saya dan anak-anak. Saya dah boleh diam, nak suruh buat apa selepas itu saya buat. Sebab saya tak gembira, itu yang bising. Itu saja."

Banyakkanlah komunikasi lepas ini ya, sama-sama baiki. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dewi_rina 20-7-2022 01:26 PM
Panjang lebar dia berleter, last2 itu sahaja
Quote SherryZass 20-7-2022 01:29 PM
nanti gaduh lagi, share lah public lagi ya..ada lah jugak issue nak dibuat perbincangan kat dalam forum ni
Quote msdummy.2018 20-7-2022 01:31 PM
SherryZass replied at 20-7-2022 01:29 PM
nanti gaduh lagi, share lah public lagi ya..ada lah jugak issue nak dibuat perbincangan kat dalam fo ...

Jangan lupa plak saman2 netizen yg membuka aib
Quote Lavender_Violet 20-7-2022 01:36 PM
Biasalah tu ppuan....
Bila tak didengari wpun dah cuba berbincang face to face, will resort to luah kan kat soc med
Quote asfaz 20-7-2022 03:05 PM
Kalau nak luah kat laki ikut media sosial kau set la igs tu friend only. Haaa letak la IG laki kau aje. Org lain tak nampak.
Quote azie5zoe 20-7-2022 03:21 PM
Anggap jerlah dia tengah melatah masih menaip tu.
Quote refleCtion 20-7-2022 03:25 PM
Knp aku rs ni mcm marketing laki bini untuk up nama bini yg sendooooo????????
Quote zamzam 20-7-2022 03:27 PM
Apsal aku nampak laki dia mcm budak2 baru baligh?
Quote cikperiukkera 20-7-2022 03:33 PM
Dah kau yg lapar perhatian kn...x dpt call/whatsapp kt laki ke sampai semua nk update dkt socmed? Okayyy rentis pon manusia biasa..beza antara cerdik dgn bodoh jerr & sheols pilih bodoh.
Quote makcun14 20-7-2022 03:39 PM
Sapa dorang ni. Founder capuk ke
Quote bondeh 20-7-2022 04:15 PM
Eeeeeewwwwwwwww ingatkan Ebit Eeeuwwwww. Tibahhhh
Quote Prickford 20-7-2022 04:18 PM
Kalau iolls sebagai suami pon akan marah dengan tindakan isteri. Tapi hal ni nampak remeh, nampak mudah. Tapi emosi perempuan ni, once terganggu, memang perlukan bantuan esp dari suami. Lepas ni tolonggggg lahhhhh selesai hal dalam kelambu masing2 secara private ekk...
Quote kucingitam 20-7-2022 04:21 PM
ni lah jadinya bila budak2 kawin...
Quote aemon 20-7-2022 04:22 PM
jap lagi keluar lg perut buncit huhuuh
Quote Suchi 20-7-2022 05:08 PM
Pelik pemahaman laki dia, keja dia cuma cari duit je.
Pastu ko ada sabtu ahad, sementelah bini ko ada ke sabtu ahad?
Dia nk berak pun kemain susah nih kan plak nak nak cuti rehat kalau dah semua keja umah uruskan anak2 dia kena buat sorang2 je pastu dlm masa sama dia pun keje gak.
Quote Mini.Me 20-7-2022 05:30 PM
asfaz replied at 20-7-2022 03:05 PM
Kalau nak luah kat laki ikut media sosial kau set la igs tu friend only. Haaa letak la IG laki kau a ...

Aku selalu buat mcm ni...tp kat status whtsapp laa...set lakiku sorg je boleh tgk status tu
Quote Mini.Me 20-7-2022 05:34 PM
"Dia marah. Dia kecewa bila saya pilih platform itu untuk bercakap dengan dia. Tapi saya terangkan balik, saya baru cakap sepatah..dia dengan telefon bimbit dan dunia dia."

No wonder bini tu meroyan kat socmed...pastu ko baru nak gelabah biawak
Quote Thunderclouds 20-7-2022 06:42 PM
Frankly...aku xsalahkn dia bila dia resort to medsos utk luahkn perasaan xpuas ati dia kt asben. Irl ramai kot marhain yg lain buat mcm dia. Cuma bukan retis ja. Tp me,as a friend bila baca my fren melahar asben sendri kaw2 kita yg xdak kena mngena pn rasa malu wehh..sama mcm kita baca ig okg ni la kan. Mcm xleh bgtau face to face kan? Tp ada weeyyyy jenis jantan xmkn saman walau bbuih mulut,nk tcabut ank tekak bila kita habaq elok2.
Quote lattehazelnut 20-7-2022 06:48 PM
Terus terang je la kau nak maid..

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:58 AM GMT+8 , Processed in 0.046745 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top