CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak Umur Setahun Mati Terjerut Tali Langsir

20-7-2022 10:44 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1812| Komen: 5

Description: Seorang kanak-kanak lelaki berusia satu tahun maut gara-gara terjerut tali bidai ketika bermain di dalam biliknya.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia satu tahun maut gara-gara terjerut tali bidai ketika bermain di dalam biliknya.

Mirror melaporkan, kejadian yang berlaku di Oldham, Greater Manchester itu menyaksikan mangsa sedang bermain dengan abangnya yang berusia tiga tahun di dalam bilik tidur rumah keluarga mereka.

Ketika perbicaraan di Mahkamah Koroner Rochdale, ibu mangsa dilaporkan meninggalkan bilik terbabit namun apabila kembali semula, dia mendapati mangsa sudah tiada di dalam bilik berkenaan.

Foto: Mirror

Mangsa dikatakan terjerut pada bidai di bilik hadapan. Si ibu kemudian memanggil suaminya dan bergegas memaklumkan kepada jiran mereka yang merupakan seorang jururawat.


Difahamkan, jirannya sempat memberikan bantuan pernafasan kepada mangsa sehingga perkhidmatan kecemasan tiba sebelum dibawa ke Hospital Kanak-Kanak Manchester.

Walau bagaimanapun, kanak-kanak terbabit disahkan mengalami kerosakan otak, namun rawatan terpaksa dihentikan atas nasihat doktor dan mangsa dilaporkan meninggal dunia 1 Februari lalu.

Selepas inkues, ibu mangsa memberi penghormatan buat kali terakhir kepada anaknya dan menasihatkan para ibu bapa agar menyedari risiko tali bidai terhadap kanak-kanak.

Foto: Mirror

"Dia seorang budak lelaki yang comel, anda pasti akan ‘cair’ apabila melihat senyuman nakalnya itu.

"Saya berharap agar orang ramai sedar bahawa bidai adalah bahaya. Saya tak mahu keluarga lain turut melalui insiden seperti keluarga saya."

Penolong Koroner, Edward Morgan telah mengenal pasti beberapa masalah mengenai bidai yang boleh membawa kepada kematian bayi terbabit.

Meskipun Peraturan Keselamatan Tali Bidai diperkenalkan pada 2014, pemilik rumah terbabit tidak menggantikan bidai berkenaan sebelum keluarga itu berpindah masuk pada 2020. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 20-7-2022 11:32 AM
siannya. msti trauma si maknya
Quote whimsicalmusic 21-7-2022 01:08 AM
Tali bidai ni yg mcm strings tu ke? Utk hiasan mmg cantik..tp bahaya..iolls dulu suka psg jgk yg strings tu..tp kdg2 lalu die melekat so bai2 jelah
Quote Carcosa 21-7-2022 01:12 AM
Usahlah beria2 decorate rumah tanpa baby proofing, kalau ada anak kecik2 nih, haiii. Tahan lah 4-5 tahun, kalau ye pun. Kang anak2 ko dah besar, kau decorate lah rumah kau, hatta nak gantung pisau byk2 jadi lampu sekalipun Aku dulu, kena pakai duct tape dkt laci2 semua Taknak dia bukak2 amek brg. Dia dah besar ni, bukak lah balik
Quote faraway1 21-7-2022 01:44 AM
Me ikat tinggi, siap sangkut so takda sapa boleh usik..
Quote I.K.A888990 21-7-2022 01:57 AM
bahaya sungguh benda ni

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 12:26 AM GMT+8 , Processed in 0.045974 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top