CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengantin Perempuan Mati Ditembak Di Kenduri Kahwin

20-7-2022 10:38 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3179| Komen: 25

FIRUZABAD, IRAN – Seorang pengantin perempuan di Iran ditembak mati pada majlis perkahwinannya akibat terkena peluru ketika menjalani satu acara tradisi tempatan, lapor akhbar The Sun.


Mahvash Leghaei, 24, ditembak menggunakan sepucuk raifal yang sering digunakan untuk aktiviti berburu, oleh seorang tetamu. Tembakan itu turut mencederakan dua individu yang lain.

Peluru tersebut dilaporkan mengenai kepala mangsa, yang menyebabkan wanita tersebut koma sebelum disahkan meninggal dunia di hospital.

Foto: The Sun

Menurut polis, penembak yang melarikan diri tersebut tidak mempunyai kemahiran dalam menggunakan senjata api.


“Sejurus menerima panggilan kecemasan dari sebuah dewan perkahwinan di bandar Firuzabad, kami mengerahkan beberapa anggota polis ke lokasi tersebut.

“Hasil pemeriksaan mendapati seseorang telah melepaskan tembakan menggunakan raifal yang digunakan untuk aktiviti berburu. Ia dilakukan sebagai mengikut tradisi penduduk tempatan.

“Bagaimanapun, disebabkan keadaan tetamu yang ramai dan ketidakcekapan suspek dalam menggunakan senjata api, tembakannya mengenai kepala pengantin perempuan dan dua tetamu lelaki,” kata jurucakap polis, Kolonel Mehdi Jokar.

Suspek disahkan sebagai seorang lelaki berusia 36 tahun yang identitinya tidak didedahkan, namun difahamkan merupakan sepupu kepada pengantin lelaki.

Tradisi melepaskan tembakan dalam majlis perkahwinan merupakan satu kebiasaan di negara-negara Asia Barat meskipun aktiviti tersebut adalah salah di sini undang-undang. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 20-7-2022 11:32 AM
caripasal pasaipa buat tembak2 kat kenduri kawen. tanggunglah
Quote esbok 20-7-2022 11:38 AM
penah tengok satu kaum ni sambut wedding, tembak tembak ke langit, dok pikir, kalau kene tetamu sia2 sungguh la datang nak rai, skali kene bride terus
Quote salimrock 20-7-2022 11:39 AM
diorang tak pernah dgr blank bullet ke? dia keluar bunyik je , so no harm...mcm pistol orang lumba lari tu...
Quote salimrock 20-7-2022 11:40 AM
rosedemon replied at 20-7-2022 11:32 AM
caripasal pasaipa buat tembak2 kat kenduri kawen. tanggunglah

adat resam orang iranian...

tak silap cara melamar pn dgn cara culik pengantin perempuan...


ganas kan?


tp itu kan budaya datuk nenek moyang mereka, tak baik ejek adat resam sesuatu kaum
Quote BartholomewKuma 20-7-2022 11:56 AM
Negara belah parsi, kalau tak bodo tak sah
Quote JulietTheOrange 20-7-2022 12:02 PM
FIRUZABAD, IRAN – Seorang pengantin perempuan di Iran ditembak mati pada majlis perkahwinannya akibat terkena peluru ketika menjalani satu acara tradisi tempatan, lapor akhbar The Sun.


nape ayat wartawan nie mcm berbelit2.. ke aku yang failed bahasa melayu?
Quote supernaturalee 20-7-2022 12:08 PM
esbok replied at 20-7-2022 11:38 AM
penah tengok satu kaum ni sambut wedding, tembak tembak ke langit, dok pikir, kalau kene tetamu sia2 ...

mexican mcm ni
tp blank bullet je kot


Quote copy_paste 20-7-2022 12:16 PM
esbok replied at 20-7-2022 11:38 AM
penah tengok satu kaum ni sambut wedding, tembak tembak ke langit, dok pikir, kalau kene tetamu sia2 ...

mmg budaya sane cmtu,ramai plak tu tambak atas, x pikir ke kalau peluru tu jatuh semula kena diorg balik
Quote bakingsoda 20-7-2022 01:08 PM
dr majlis wedding jd funeral
Quote esbok 20-7-2022 01:14 PM
supernaturalee replied at 20-7-2022 12:08 PM
mexican mcm ni
tp blank bullet je kot

entah, yang daku tengok tu confirm bukan mexican and mcm tak blank bullet je rupa tembaknya.
Quote esbok 20-7-2022 01:16 PM
copy_paste replied at 20-7-2022 12:16 PM
mmg budaya sane cmtu,ramai plak tu tambak atas, x pikir ke kalau peluru tu jatuh semula kena diorg ...

yang daku tengok tu, depa beramai ramai beronok ronok atas tanah menari2 sambil tembak2 from the ground, rumahnya elok ada 2 tingkat, kalau bukan blank bullet , mati saja bila nak jenguk orang tengah beronok ronok di bawah dari balcony
Quote copy_paste 20-7-2022 03:48 PM
esbok replied at 20-7-2022 01:16 PM
yang daku tengok tu, depa beramai ramai beronok ronok atas tanah menari2 sambil tembak2 from the g ...

owhh diorg buat mcm main mercun ke, sibbaik peluru kosong ingtkan peluru ade isi hahahahha,

Quote yoppoy 20-7-2022 06:04 PM
Lawau mendiang. Duda nya hidung besau penumbuk den
Quote matchstick 20-7-2022 06:41 PM
helok rupa dua2 pengantin ni..sayang dh meninggal
Quote batmana 20-7-2022 06:42 PM
buatla adat baru
pengantin pakai helmet/baju bullet proof type 3 punya level

tak payahla pakai baju pengantin
Quote I.K.A888990 20-7-2022 11:46 PM
dah tau xberapa pandai nk nembak kau bagi gak kat dia
Quote xy_daen 21-7-2022 08:36 AM
Biar mati anak jangan mati adat
Quote encikWawad 21-7-2022 09:55 AM
tradisi bodoh. tak memasal kena culik perempuan lain nak dijadikan bini
pasal tu syiah senang pengaruh orang2 b40 persian ni
Quote FOTHER-MUCKER 21-7-2022 10:02 AM
Tradisi mereka, masih ingat lagi yang ini beberapa tahun lepas

[youtube]IJEO3rmefmI[/youtube]

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 07:08 AM GMT+8 , Processed in 0.041984 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top