CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Amboi, Seronok Makcik Dapat Hadiah Hari Ibu Jumpa Dengan Aina Abdul

20-7-2022 10:07 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1337| Komen: 4

Description: Seorang lelaki, Izhar Che Jamil, 27, menghadiahkan ibunya tiket ke konsert Aina Abdul pada Jun lalu berharga RM1,199 sempena ulang tahun kelahiran yang ke-70.
Seorang lelaki, Izhar Che Jamil, 27, menghadiahkan ibunya tiket ke konsert Aina Abdul pada Jun lalu berharga RM1,199 sempena ulang tahun kelahiran yang ke-70.

Menurut Izhar, hadiah istimewa itu dicadangkan kakak dan abangnya yang gemar menyertai konsert sehingga ke Thailand dan Singapura.


Kredit foto: TikTok

“Mak akan menyambut ulang tahun kelahiran pada 7 November depan. Kami adik-beradik rasa macam nak cari kelainan sikit sempena sambutan tahun ni.

“Lagi pun mak minat sangat dengan Aina Abdul. Jadi kami nak bagi mak rasai pengalaman pergi ke konsert,” ujarnya ketika dihubungi mStar.


Kata Izhar, ibunya cukup mengagumi bakat Aina yang sehingga menjadikan artis tersebut sebagai penyanyi kegemarannya.

Malah ibunya sering menonton Aina menyanyikan lagu-lagu cover di YouTube milik pemenang trofi vokal terbaik di Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-36 itu.

“Mak suka buka YouTube tengok drama Korea dan Filipina. Selalunya lagu drama yang dia tengok tu mesti Aina ada buat cover. Sejak itulah mak mula kenal dan minat Aina. Kalau dia tengah main permainan dekat Facebook pun pasang lagu latar belakangkan artis tu.

“Kerana mak minat sangat jadi kami bawa pergi konsert dan hadiri sesi ramah mesra atau meet and greet. Kami kongsi tiga beradik untuk bayar harga tiket.

“Kami buat surprise bagi tiket konsert sewaktu sambutan Hari Ibu tapi tak beritahu fasal akan jumpa Aina secara berdepan. Dia tengok tiket tu pun punya terkejut dan teruja sampai tak perasan harga sebab nampak nama Aina Abdul je.

"Awalnya dia risau tak boleh pergi sebab sakit lutut, tapi apabila dia tahu ada tempat duduk, dia pun setuju. Mula-mula mak ingat konsert kena berdiri,” ujar Izhar.

Ujarnya lagi, dia dan ibu hadir ke konsert pada persembahan malam kedua iaitu 26 Jun lalu.

Bercerita mengenai sesi meet and greet bersama Aina, kegembiraan jelas terpancar di wajah ibunya pada rakaman yang dimuat naik Izhar sehingga tular di TikTok.



“Apabila sampai Istana Budaya, saya rakamlah sikit-sikit momen ibu yang pertama kali datang konsert. Saya minta dia tunggu sekejap dekat lobby, saya pergi ambil tiket. Masa naik tangga nak pergi pintu masuk, petugas Istana Budaya bantu pimpin, saya hargai sangat pertolongan mereka.

“Apabila dapat jumpa depan-depan tu, saya ceritalah fasal aktiviti mak suka tengok Aina setiap hari. Aina pun baik dengan mak siap pegang tangan lagi,” ujarnya.

Setelah sesi ramah mesra selesai, mereka sempat mengambil beberapa keping gambar sebelum bergerak pulang.

Tambah Izhar, dek kerana terlalu gembira ibunya enggan makan burger yang dibelikan selepas konsert berakhir.

Berikutan layanan baik pihak produksi, Izhar berasa sangat terharu dan mengucapkan terima kasih kepada pasukan Aina Abdul Production serta kakitangan Istana Budaya kerana tolong membantu ibunya pada malam itu.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote electricopop 20-7-2022 10:35 AM
So sweet! Teruja makcik tu. Hehe.
Quote ashilalat 20-7-2022 01:11 PM
Nak tunggu komen : Nenek umo dah 70, baik la bagi hadiah pakej umrah dgn harga teket konsert lagha yg mahal sampai ribu riban begitu. Boleh juga buat amalan ke sana. Nanti kalau mati semasa sedang berhibur, bagaimana hukumnya?
Quote dino 20-7-2022 04:36 PM
ashilalat replied at 20-7-2022 01:11 PM
Nak tunggu komen : Nenek umo dah 70, baik la bagi hadiah pakej umrah dgn harga teket konsert lagha y ...

kan.. komen2 mcm sptutnya di usia senja nan merah ni makcik byk mengaji bkn layan cote korea.. layan retis… lg afdhol layan youtube ceramah ustaz wpun kaki rogol.. ha gituh.. haha
Quote dua_chzy 20-7-2022 04:38 PM
Stad Dusuki? Dasuki? Jangan dengki.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 07:37 PM GMT+8 , Processed in 0.048909 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top