CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Peminat Pertikai Ayana Moon Tak Pakai Tudung Hantar Adik Di Kem Tentera

20-7-2022 10:09 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5396| Komen: 13|Original author: Tatod

Sumber IG


Pempengaruh dan model, Ayana Jihye Moon yang berasal dari Korea ini pernah menjadi sebutan ramai di Malaysia dan Indonesia selepas dia memilih untuk menganut agama Islam pada tahun 2012.

Malahan, ada segelintir wanita yang menjadikan Ayana sebagai 'role model' selain menginspirasikan gaya serta fesyen menutup aurat. 

Bagaimanapun, penampilannya ketika melawat adik lelakinya yang berada di kem tentera mulai menjadi pertikaian netizen yang tertanya-tanya sama ada wanita itu masih berhijab atau sebaliknya.



Menerusi gambar yang dikongsikan, Ayana hanya memakai topi dan 'hoodie' bagi menutup rambutnya tanpa hijab dan menampakkan rambut serta lehernya ketika menghantar adiknya, Aydin menjalani latihan ketenteraan.

Menerusi kapsyen, model yang berpangkalan di Indonesia itu meluahkan rasa bangga kerana adik lelakinya itu adalah satu-satunya peserta beragama Islam di kem tersebut.


Menjengah di ruangan komen, rata-rata ramai yang meluahkan rasa kecewa dan bimbang akan penampilan baharu Ayana.

Bagaimanapun, wanita itu menerusi IG Story memohon agar netizen dapat memahami penerimaan masyarakat di sana terhadap individu yang memakai tudung. - CARI

Sumber Oh Bulan!

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote babelina 20-7-2022 10:32 AM
x knal la.. artis ker... apoooooooo...
Quote jijilaaa 20-7-2022 10:39 AM
dia ni utuber..
Quote Mary_jane 20-7-2022 10:51 AM
Ummah indon pun dah hencap berbakul kan? Cukup lah tu.
Quote esbok 20-7-2022 11:46 AM
dia gini ayana moon, kita mmg tau tak semua tempat sama. ada time atas sendiri punya kehendak kamu pilih pakai begitu begini. kalau kata stand kamu untuk bertutup litup, tapi ada time kamu pilih untuk buat ikut apa kamu rasa, tak perlu lah upload gamba ke public. ada paham. benda kau rasa sendiri tahu mengundang, tak payah upload, paham. abih cerita
Quote Mini.Me 20-7-2022 02:58 PM
Edited by Mini.Me at 20-7-2022 03:00 PM
esbok: dia gini ayana moon, kita mmg  ...

Betol..pokoknya tak payah upload...kalo betol ada usaha nak tutup aurat boleh je pakai scarf dalam and pakai baju yg cover leher tu
Quote ilacantik 20-7-2022 06:01 PM
Banyak jer meleis2 urban yg pakai snowcap lepas tu pakai hoodie. Lepas tu pakai pants, sarung stokin belang2. Kira fesyen urban hijabster lah tu. Golongan konpius ni banyak ajer. Janji tutup rambut. Dah upload kan, terima sahajalah cercaan netizen.
Quote missyL 20-7-2022 06:41 PM
Klo x upload xde sape thu
Thn je la kecaman
Quote treschique 21-7-2022 02:23 PM
Beribear replied at 20-7-2022 11:10 AM
Korea pon islamophobia ke

Menurut kawan i yg ikut program mobiliti kt Korea dulu, iye Dorang tak teruk sgt Islamphobia tp layanan dorang sgt beza, mcm kita as tuan tanah layan org bangla kat sini. Itu kawan i yg cakap k
Quote MsJules 21-7-2022 04:39 PM
Maybe ada betulnya tapi boleh je dia pakai ala2 serkup kepala tu and turtle neck..

Nak seribu cara...
Quote airmineral 21-7-2022 04:51 PM
Beribear replied at 20-7-2022 11:10 AM
Korea pon islamophobia ke

2011 ke bwah masih ada
skg xpasti mungkin kurang la

tapi rasanya xde la thp melampau kot
cumanya korean mmg pandang warna kulit la
sbb drg  pro us
Quote Udangpetai 27-7-2022 12:50 AM
Tulah masalahnya dia upload. Paham maybe dia nak abadikan kenangan tapi kalau rasa benda tu mengundang fitnah, cercaan elok tak payah post. Aku pun dulu bukak tutup jugak mcm tudung saji tapi time bukak tak upload pun. Gambar kat socmed tutup je pasal terfikir satu hari nanti mana tau aku tutup betul2, kosser lah nak delete satu2. So aib sendiri simpan je. X pyah tunjuk orang
Quote Duriand24 27-7-2022 01:32 AM
Dia ni mcm nak famous and kaya je masuk islam. Batak2 malaysia ngan indon byk sokong dia ni. Kalau x, xkemana pung. Dulu beg pun biasa2 je. Now dr head to toe branded. Korea masuk islam punya pasal.
Quote Minami2013 1-8-2022 12:53 AM
Masa kat busan, korea otw nk naik train sorang lelaki around 40s tanya i, are you wearing hijab.. is this hijab? Sambil pointing kat tudung i.  Then i ckp ya. Pas tu terus berlalu pergi. Maybe nk kepastian tp muka tak de senyum ke ape.. konfius i.

Actually ramai je i jumpa org mcm ni. Zizie izzet tu pun keluar kdg pakai cap je. Kenalan i pun ada yg cam ni. Bila bersenam pakai cap. Anyway, harap dia bkn sejenis daud kim.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 06:51 PM GMT+8 , Processed in 0.429194 second(s), 42 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top