CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Masalah Perempuan! Sebelum Keluar Rumah, Sandara Park Mesti Cuba 10 Helai Baju Dulu

19-7-2022 01:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1559| Komen: 0

Description: Mungkin mempunyai masalah serupa dengan kebanyakan wanita lain, penyanyi Sandara Park juga selalu berdepan kesukaran memilih baju terbaik untuk dipakai sebelum keluar rumah.
Mungkin mempunyai masalah serupa dengan kebanyakan wanita lain, penyanyi Sandara Park juga selalu berdepan kesukaran memilih baju terbaik untuk dipakai sebelum keluar rumah.


Perkara tersebut terdedah kepada umum ketika rancangan I Live Alone menampilkan episod kemunculan Sandara baru-baru ini.


Foto: NME

Dalam tayangan tersebut, Sandara atau Dara dilihat mencuba sehelai baju berwarna putih dan dipadankan dengan jeans hitam.

Selepas memadankan pakaian dipakainya dengan beberapa jenis topi, Dara masih belum berpuas hati dengan fesyen digayakannya.


Penyanyi bekas kumpulan 2NE1 itu mengakui dia sangat mementingkan penampilan sebelum keluar sama ada untuk bersiar-siar atau urusan kerja.

“Sekurang-kurangnya saya akan cuba sebanyak 10 jenis pakaian berbeza sebelum keluar rumah.

“Tetapi saya menyesal tak pilih baju yang sudah dipakai, jadi saya tangkap gambar dan muat naik dalam media sosial,” katanya.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 01:06 PM GMT+8 , Processed in 0.046245 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top