CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Wafariena Melatah Sejak Usia 18 Tahun, Risau Cederakan Orang

20-7-2022 12:38 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2594| Komen: 16|Original author: Tatod

Sumber IG


Pelakon yang namanya melonjak selepas berlakon dalam drama 7 Hari Mencintaku iaitu Wafarinea mendedahkan berdepan masalah melatah sejak usianya 18 tahun.

Menerusi laporan Kosmo! Online, tabiat itu bermula daripada sikapnya yang suka mengusik orang lain melatah yang akhirnya memakan diri.

"Dulu suka mengusik atau menyakat orang-orang di kampung terutama kalau ada majlis kahwin. Lama-kelamaan, saya pun berjangkit tabiat ini sampai fobia kalau melatah ketika memegang objek tajam, takut tertikam orang lain.



"Kadang-kadang tengah memandu kereta seorang diri pun boleh melatah takut juga hilang kawalan hingga terbabas," katanya.

Oleh itu, pemilik nama lengkap Wafariena Roslan, 26, itu menasihatikan orang ramai agar berhati-hati apabila bergurau dengan individu yang mempunyai tabiat melatah sepertinya.


"Saya risau kalau tiba-tiba tetak orang atau hunus objek tajam yang mengakibatkan orang lain cedera. Kita pun tak tahu sebab melatah ni memang tiada ubat dan bukan dibuat-buat," katanya. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 20-7-2022 10:54 PM
tu bukan melatah ...tu gedik
Quote dudaberhias 20-7-2022 10:59 PM
kalau orang yang usik2 tu dah tahu orangnya jenis melatah dan mereka nampak orang tengah melatah pegang senjata ke apa memang selayaknyalah di tikam agittew bagi kaka...

tak pun ko buat2 melatah dan tersiram air coway panas dekat orang yang keje usik orang melatah ni...

sekali dua lawak la...
Quote Perawankota 21-7-2022 03:14 AM
Betul ke org kata, sebenarnya org yg melatah ni, asalnya bkn jenis melatah pon.. Tapi saja2 buat2 terkejut, pastu lama2 jadik latah
Quote chocobozhere 21-7-2022 07:31 AM
Melatah sikit2 tekejut kene lemparr brg kt muka " eh mak kau hijau" tu aku tak rengsa sangat.... Spontan je. Tapi kalau jenis Melatah bersambung2 tu aku rengsa giler..btw org melayu je ke Melatah. Bangsa lain ada tak
Quote dino 21-7-2022 07:31 AM
musangbodoh replied at 20-7-2022 10:54 PM
tu bukan melatah ...tu gedik

klau comel takpo.. ni rupa mcm vida tu baru gedik haha
Quote encikWawad 21-7-2022 08:34 AM
ok lah tahun depan join tok gelang buat show latah2 tu.
penat dah aku nengok ida moen dalam tu.
Quote tikusmontok 21-7-2022 08:44 AM
Laa segitu jer latahnya?? Mcm gedik dibuat2 jer
Quote KamikuP 21-7-2022 10:36 AM
Pelapis Mak Wan Latah dan Emma Latah
Quote mizruncing 21-7-2022 11:04 AM
aku plak klu terkejut mmg terkeluar habis perkataan. tp ada masa klu org cucuk2 tu aku paling tak suka. sbb aku bukan jenis latah joget2 tu. annoying bila org usik kita suh melatah
Quote ezacbee 21-7-2022 11:39 AM
Jarang orang melatah mengaku dia melatah. Biasanya mana nak ngaku. Kena cocok baru tau dia melatah. Aku benci ngan orang yg suka cocok orang melatah. Aku penah terkena pukulan orang melatah. Sakit tau. Aku lalu je dah kena pukul bukan aku cocok pun.

Melatah carut orang yg cocok tu tanggung dosa.
Quote jijilaaa 21-7-2022 12:09 PM
mak ak jenis melatah. dia berniaga. pelanggan tetap yang mana dah biasa dgn mak ak suka usik mak aku. one fine day, ada sorang cikgu laki ni kena hempuk dgn tin susu yang baru bukak bergerigi tu smpai berdarah. puas hati ak. cikgu tu pun insof dah
Quote Kurex 21-7-2022 12:13 PM
Opocot mira filzah muka basic yang mudah didapati di mana2! Eh, muka melvins tua! Eh, kemut pun muka tua! Eh! Kakaknya muka menggerutu! Eh!
Quote rotiban 21-7-2022 01:27 PM
Kurex replied at 21-7-2022 12:13 PM
Opocot mira filzah muka basic yang mudah didapati di mana2! Eh, muka melvins tua! Eh, kemut pun muka ...

lain mcm latah ko kurex
aku terhibur

Quote twins 21-7-2022 02:28 PM
hanya org bodoh jer mengusik org melatah waktu dia pegang benda tajam... kalau dia tetak dengan pisau tu mmg mati free jer sbb psikatrik dah kata org melatah ni otak dia hilang kawalan sewaktu melatah tu.. sama mcm "gila" tak boleh nak dakwa.... arwah opah sedara aku dulu jenis melatah extreme... dia pernah kejar orang dengan parang sbb masa tengah melatah dia tengah potong kayu & pakcik aku pulak mengusik dok suruh-suruh dia kejar... jadi dia kejar betul-betul...  tp bila dia dah sedar kesian dia termengah-mengah penat...... jadi jangan la kacau org melatah...kesian dorang
Quote AshkieLa 21-7-2022 02:44 PM
Edited by AshkieLa at 21-7-2022 02:54 PM

mcm latah level2 nadya shahera tu je.
latah yg nampak mcm di buat buat... yg delayed miliseconds punya reflects.
by the way.. betul2 tgh potong daging ke acah2 utk content je tu?
dgn rambut terjurai2, spek atas kepala... pakai lak baju gitu melapah...

Quote miemiecha 21-7-2022 03:18 PM
chocobozhere replied at 21-7-2022 07:31 AM
Melatah sikit2 tekejut kene lemparr brg kt muka " eh mak kau hijau" tu aku tak rengsa sangat.... Spo ...

thai n yindon pun latah
teringin nk tgk british ke ereb ke france ke melatah..
ape deorg sebut eyh

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:22 AM GMT+8 , Processed in 0.047169 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top