Sumber IG
Pelakon yang namanya melonjak selepas berlakon dalam drama 7 Hari Mencintaku iaitu Wafarinea mendedahkan berdepan masalah melatah sejak usianya 18 tahun.
Menerusi laporan Kosmo! Online, tabiat itu bermula daripada sikapnya yang suka mengusik orang lain melatah yang akhirnya memakan diri.
"Dulu suka mengusik atau menyakat orang-orang di kampung terutama kalau ada majlis kahwin. Lama-kelamaan, saya pun berjangkit tabiat ini sampai fobia kalau melatah ketika memegang objek tajam, takut tertikam orang lain.
"Kadang-kadang tengah memandu kereta seorang diri pun boleh melatah takut juga hilang kawalan hingga terbabas," katanya.
Oleh itu, pemilik nama lengkap Wafariena Roslan, 26, itu menasihatikan orang ramai agar berhati-hati apabila bergurau dengan individu yang mempunyai tabiat melatah sepertinya.
"Saya risau kalau tiba-tiba tetak orang atau hunus objek tajam yang mengakibatkan orang lain cedera. Kita pun tak tahu sebab melatah ni memang tiada ubat dan bukan dibuat-buat," katanya. -CARI
|