CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Siti Nurhaliza Peruntuk RM10k Sebulan Untuk Sekolah Afwa & Aafiyah Di Gaza

20-7-2022 09:37 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 8857| Komen: 115|Original author: Tatod

Sumber IG


Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza bersyukur apabila impiannya untuk membuka sekolah di Gaza, Palestin akhirnya tercapai.

Penghibur yang mesra disapa sebagai Tok Ti itu sudah lama menyimpan hasrat tersebut dan berjaya direalisasikan menerusi Yayasan Nurjiwa yang diasaskan bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.


Katanya, sekolah yang dinamankan sempena nama kedua-dua anaknya itu menyediakan pendidikan awal dan hafazan buat kanak-kanak seawal usia empat tahun.

"Alhamdulillah, saya gembira kerana ini sudah menjadi sesuatu yang saya ingin lakukan sejak dahulu lagi.

"Seperti yang kita sedia maklum dengan situasi yang menimpa terhadap anak-anak di bumi Gaza. Jadi, kita nak anak-anak Gaza ini berjaya dalam pendidikan serta adab yang baik.


"Sekolah ini ditubuhkan oleh Yayasan Nurjiwa dan dikendalikan oleh wakil khas kami di Gaza.

"Ini juga adalah bekalan akhirat saya dan suami," katanya dalam satu temubual bersama Media Hiburan.

Siti turut menjelaskan, dia memperuntukkan sekitar RM10,000 sebulan bagi menampung kos kakitangan, pengajar serta pengurusan sekolah seperti buku teks dan makanan.

"Saya cuba salurkan sumbangan pada setiap tahun sama ada sumbangan daripada Yayasan Nurjiwa atau peribadi.


"Setiap wang yang diterima daripada persembahan, duta produk dan sebagainya saya akan bahagikan untuk sumbangan. Saya dah agih-agihkan zakat untuk perkara itu," katanya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KBW2 20-7-2022 09:41 AM
Ye ye jah sekolah, sampai budak empat tahun pun ada. Ramai tuh maksudnya. Yalah dia gebang propa pun kita mana tahu yedak? Yang pasti kempen Jijang Semang sudah bermoolaaaa.
Quote newyork 20-7-2022 10:09 AM
Wah lopa nak pindah arab .. tp tunggu bilal boleh cakap dulu.. ct lagi upp Gaza terus .
Quote mind_space 20-7-2022 10:09 AM
Buat dulu baru gebang.
Quote ezacbee 20-7-2022 10:13 AM

Berangan kan free..


Quote zamzam 20-7-2022 10:17 AM
GAZA perlu lebih banyak sekolah yg menekankan sc dan matematik
Quote EJALTI 20-7-2022 10:19 AM

Sekolah tuh dah buka setahun lalu...

https://b.cari.com.my/forum.php? ... &extra=page%3D1
Quote EJALTI 20-7-2022 10:19 AM

Tok Ti tak berangan, sekolah tuh dah buka setahun lalu...

https://b.cari.com.my/forum.php? ... &extra=page%3D1
Quote EJALTI 20-7-2022 10:35 AM
zamzam replied at 20-7-2022 02:17 AM
GAZA perlu lebih banyak sekolah yg menekankan sc dan matematik

Betul...
Quote stingerbumpy 20-7-2022 11:11 AM
zamzam replied at 20-7-2022 10:17 AM
GAZA perlu lebih banyak sekolah yg menekankan sc dan matematik


Bukan subject wajib yg lebih mendesak....handling  weapons keww?
Quote makadek 20-7-2022 11:17 AM
Tak berkenan
Kat sini boleh bangunkan pendidikan anak2 gelendagan
Buat 1 section utk diorang
Quote shinbae 20-7-2022 11:53 AM
sama tak dengan sekolah Malaysia yg Nadir selalu bg tau tu?
Quote ashilalat 20-7-2022 11:58 AM
makadek replied at 20-7-2022 11:17 AM
Tak berkenan
Kat sini boleh bangunkan pendidikan anak2 gelendagan
Buat 1 section utk diorang

Kenapa kau nak diskriminasi anak gelandangan asingkan dengan budak sekolah biasa? Sejak bila kat Malaysia ada kasta kasta untuk sekolah? Anak gelandangan tak leh pegi sekolah biasa ke?
Quote ajeajelah 20-7-2022 12:05 PM

malunya stetment ko. aku tergelak giler.
Quote ajeajelah 20-7-2022 12:06 PM

malunya stetment ko padahal... aku tergelak giler.  
Quote ajeajelah 20-7-2022 12:06 PM
KBW2 replied at 20-7-2022 09:41 AM
Ye ye jah sekolah, sampai budak empat tahun pun ada. Ramai tuh maksudnya. Yalah dia gebang propa pun ...

malunya stetment ko padahal.... aku tergelak giler.
Quote ajeajelah 20-7-2022 12:08 PM
makadek replied at 20-7-2022 11:17 AM
Tak berkenan
Kat sini boleh bangunkan pendidikan anak2 gelendagan
Buat 1 section utk diorang

apsal ko nak asingkan anak2 gelandangan dengan anak marhaen biasa?! dah sah2 anak gelandangan pun boleh je pergi sekolah kebangsaan biasa tu!
Quote ezacbee 20-7-2022 12:08 PM
ajeajelah replied at 20-7-2022 12:06 PM
malunya stetment ko padahal... aku tergelak giler.

Nak malu apanya. Best pe berangan.
Quote asudau 20-7-2022 12:09 PM
MO student azizan mickey mouse, memang sama je ke..semua kena jadi penunggang
Quote ajeajelah 20-7-2022 12:10 PM
ezacbee replied at 20-7-2022 12:08 PM
Nak malu apanya. Best pe berangan.

Yalah terpaksa buat damage control.... Maloooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo wooo....................................

Lihat semua komen(115)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:22 PM GMT+8 , Processed in 0.089793 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top