|
Tidak dinafikan, segelintir pelajar pasti gementar dan ketar lutut ketika pertama kali belajar memandu. Dalam masa sama, segelintir guru kelas memandu beranggapan bahawa kebanyakan pelajar sudah pun mengetahui asas memandu hingga ada yang berasa yakin untuk meninggalkan pelajar memandu sendirian.
Itulah yang berlaku dalam perkongsian di TikTok oleh Irfan Hakim apabila kereta digunakan untuk belajar memandu remuk di bahagian hadapan akibat kemalangan di litar latihan memandu. Menceritakan lebih terperinci, difahamkan guru memandu tersebut meninggalkan pelajar bersama kereta bersendirian kerana mahu pergi ke tandas.
Sebaik keluar dari tandas, guru berkenaan terperanjat kereta yang ditinggalkan tadi telah masuk ke longkang. Susulan kejadian, cikgu memandu itu disaman kerana membiarkan pelajar tanpa pemantauan dan difahamkan penyebab kemalangan adalah kerana pelajar tertekan pedal minyak sejauh 70 meter semasa melakukan latihan ‘zigzag’. Ada ke antara pembaca terlibat kemalangan ketika kelas memandu? Sumber: BeautifulNara
|


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
7-2-2026 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.037135 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.