CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Siapa Dia, Tak Penting' - Shila, Liza Hanim Tak Kisah Nyanyi Lagu Ciptaan Pendatang Baru

19-7-2022 01:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1356| Komen: 2

Penyanyi, Liza Hanim dan Shila Amzah mendedahkan mereka tidak kisah untuk menyanyikan lagu hasil ciptaan penulis atau komposer muda asalkan karya tersebut memiliki kualiti yang tersendiri.


Menurut Liza, dia sebenarnya sangat terkejut bila pertama kali mendengar demo lagu Bahagiakan Dia ciptaan sepenuhnya penyanyi dan penulis muda, Alif Iskandar.



Bahagiakan Dia merupakan lagu duet hasil kolaborasi antara Liza dan Shila.

“Sewaktu kali pertama saya dengar lagu Bahagiakan Dia, saya tak tahu pun siapa yang cipta sebab saya nak tolak tepi semua perkara itu. Siapa nama dan orangnya itu tidak penting asalkan lagunya bagus.


“Bila dengar, saya memang dah tertarik. Saya cakap kepada pengurus saya yang lagu ini sangat sedap. Kemudian baru saya tanya siapa penulisnya. Bila pengurus saya sebutkan nama penciptanya, ternyata saya tak kenal kerana dia merupakan penulis muda.

“Pada saya, tidak kisahlah sama ada orang baru atau lama, asalkan lagu itu mempu memberi kesan, itu dah cukup bagus. If you’re good, you’re old enough. Mudah je bagi saya. Semua orang harus bermula disuatu tempat.

“Harapnya ini merupakan satu permulaan yang akan menaikkan terus nama Alif Iskandar. Kami amat bertuah kerana kami merupakan penyanyi pertama yang mendapat sentuhan yang kami boleh sifatkan sebagai karya agung daripada Alif Iskandar,” katanya kepada MH.

Dalam pada itu, isteri kepada penyanyi, Syahrin Indigo ini juga berharap agar lebih banyak platform dan peluang dapat diberikan kepada komposer muda ini agar industri kita tidak ketandusan karya-karya yang berkualiti.


Media Hiburan

“Mudah sahaja, bawakan kepada kami material lagu yang bagus. Namun, kalau tiada peluang yang diberikan kepada pelapis-pelapis baharu ini, kita akan mula ketandusan karya-karya yang baik.

“Kesannya nanti terhasillah benda-benda yang mengarut dan semua penyanyi nak bawakan lagu cover.

Sementara itu, Shila pula menyarankan kepada para komposer di luar sana untuk lebih mengutamakan kualiti di dalam penulisan mereka berbanding mengejar populariti semata-mata.

“Seperti kita tahu, zaman sekarang ini, aplikasi Tik Tok sangat popular. Kalau kita biarkan perkara ini berlarutan, semakin hilang karya-karya kompleks dan berat ini. Mereka akan lebih memilih untuk kejarkan lagu-lagu berdurasi tiga minit untuk dipasarkan di Tik Tok.

“Namun, saya tak kata itu satu kesalahan sebab pasaran di Tik Tok adalah untuk semua orang tapi kita kena tahu kedudukan kita di mana. Sebab itu kita kena jadi lebih bijak sebab zaman dah berubah,” ulasnya.


SumberL Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote seri_mawr 19-7-2022 02:24 PM
mana link lagunya..?
Quote Lavender_Violet 19-7-2022 02:29 PM
Mcm mana penyanyi2 ni tau sesebuah lagu tu sedap? Melalui melodinya eh?
Org buta seni mcm iols bila lagu dh complete, ada org nyanyikan baru boleh confirm lagu tu sedap atau tak, itu pun ikut  selera iols lah

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:42 PM GMT+8 , Processed in 0.083140 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top