Seorang pekerja hotel di Britain menggelar tetamu yang pengotor sebagai ‘haiwan’ selepas mendedahkan keadaan bilik yang ditinggalkan mereka terlalu berselerak, lapor akhbar The Sun.
Wanita bernama Syma H itu mendakwa bahawa dia bekerja di syarikat perhotelan Travelodge. Dia memuat naik rakaman memaparkan keadaan bilik kotor itu di laman TikTok. “Apa yang saya lihat sebagai pekerja Travelodge. Jika anda meninggalkan bilik seperti ini, anda adalah haiwan,” demikian kapsyen pada video tersebut. Rakaman menunjukkan bilik itu dipenuhi dengan sampah sarap termasuk kotak rokok, pembungkus dan botol-botol kosong.
Begitu juga keadaan di bilik air dimana terdapat kotoran di sinki serta tandas yang kelihatan tidak disiram. Video itu menerima lebih 27,000 tanda suka dan mendapat perhatian netizen di ruangan komen. “Saya tidak faham bagaimana seseorang dibesarkan menjadi seperti ini. Saya sering meninggalkan bilik hotel seakan tidak pernah menggunakannya,” kata seorang netizen. “Saya harap mereka dikenakan bayaran pembersihan kerana keadaan bilik itu tidak munasabah,” komen netizen lain. –CARI Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT