View: 885|Reply: 2
|
Penuh Sampah, Sinki Kotor, Tandas Tak Siram- Pekerja Bengang Penghuni Hotel Perangai Macam Binatang
[Copy link]
|
|
Seorang pekerja hotel di Britain menggelar tetamu yang pengotor sebagai ‘haiwan’ selepas mendedahkan keadaan bilik yang ditinggalkan mereka terlalu berselerak, lapor akhbar The Sun.
Wanita bernama Syma H itu mendakwa bahawa dia bekerja di syarikat perhotelan Travelodge. Dia memuat naik rakaman memaparkan keadaan bilik kotor itu di laman TikTok.
Foto: Tiktok
“Apa yang saya lihat sebagai pekerja Travelodge. Jika anda meninggalkan bilik seperti ini, anda adalah haiwan,” demikian kapsyen pada video tersebut.
Rakaman menunjukkan bilik itu dipenuhi dengan sampah sarap termasuk kotak rokok, pembungkus dan botol-botol kosong.
Begitu juga keadaan di bilik air dimana terdapat kotoran di sinki serta tandas yang kelihatan tidak disiram.
Video itu menerima lebih 27,000 tanda suka dan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Saya tidak faham bagaimana seseorang dibesarkan menjadi seperti ini. Saya sering meninggalkan bilik hotel seakan tidak pernah menggunakannya,” kata seorang netizen.
“Saya harap mereka dikenakan bayaran pembersihan kerana keadaan bilik itu tidak munasabah,” komen netizen lain. –CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Perawankota at 19-7-2022 11:58 PM
Dorg punya mentaliti, aku dah bayar, so lantak lah nak sepah pon..
Teruk.. Aku tiap kali stay, nak check out mmg aku kemas balik. Takder lah beria.. As long as, towel2 semua aku letak dlm bathtub or dlm bilik air. Smph semua dlm tong smph.. Katil pon kemas sikit2..
Pastu aku letak tips bawah bantal.. Sebab Kdg2 bkn maid yg masuk dulu, Kadang2 minibar or maintenance.. Kesian kat budak2 maid dorg yg kemas, org lain yg amik tips. |
|
|
|
|
|
|
|
agak ya kat umah depa pn mcm ni la
haru biru mcm tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|