CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pekerja Sanitasi Dipecat Bawa Gambar PM Dalam Troli Sampah

19-7-2022 11:12 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1365| Komen: 6

Description: Video tular menunjukkan seorangpekerja perbandaran di Mathura, Uttar Pradeshmembawa gambar bekas Presiden India, APJ Abdul Kalam: Perdana Menteri, Narendra Modi dan Ketua Menteri Uttar Pradesh, Yogi A ...
Video tular menunjukkan seorang pekerja perbandaran di Mathura, Uttar Pradesh membawa gambar bekas Presiden India, APJ Abdul Kalam: Perdana Menteri, Narendra Modi dan Ketua Menteri Uttar Pradesh, Yogi Adityanath di dalam troli sampah menyebabkan dia dipecat.


Difahamkan, pekerja sanitasi itu dipecat serta-merta oleh pentadbiran Mathura sebaik video itu tula di media sosial.


Foto: India Today

Menurut Satyendra Tiwari iaitu pegawai tinggi Perbadanan Perbandaran Mathura, perkhidmatan kontrak pekerja tersebut dikenali sebagai Bobby telah ditamatkan atas tuduhan cuai.


Ini adalah kerana terdapat gambar Perdana Menteri India dan Ketua Menteri yang berhormat di dalam troli sampahnya.

"Mengapakah dia tidak melihat gambar (itu) sebelum memasukkannya ke dalam troli sampah?"

Dalam video itu, beberapa lelaki boleh dilihat berhadapan dengan pekerja sanitasi itu dengan mengeluarkan gambar-gambar tersebut dari troli sampahnya.

Pekerja itu yang dikenali sebagai Bobby, 40, kedengaran berkata, bahawa dia menemui gambar-gambar itu di dalam sampah dan dengan itu dia meletakkannya di dalam trolinya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 19-7-2022 12:15 PM
uttar pradesh rupanya
ingat gambo pak mail
cari boleh tak buat tajuk tu letak nama negara depan
contoh:

ALGERIA - dua ditemui mati atas kereta etc etc


Quote whimsicalmusic 19-7-2022 01:06 PM
Da mmg nak buang kan?
Quote batmana 19-7-2022 01:57 PM
dh dia keje cmtu, yg ada troli
gambar besar gedabak, nk dia peluk cm baby ke apa?

bengong punya pentadbiran..
Quote dani-rox 19-7-2022 03:56 PM
ahli politik kan dah diangkat status sbg Tuhan, kalau ko bangkang siap ko kena buli sampai tak bangun2 lg.

"Fear is (actually) your only God" bak kata ex boipren komunis ai
Quote supernaturalee 19-7-2022 04:18 PM
next time ko konyok2 kan dulu ala2 lepas geram sebelum campak dlm tong sampah
tp make sure xde saksi hidup disekeliling  


Quote Decaffeinated 19-7-2022 04:50 PM
Kalau takut masuk tong sampah, Jangan bergambar di guni beras

- pepatah menjelang PRU

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 01:51 PM GMT+8 , Processed in 0.047577 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top