CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perokok memang tak reti bahasa !

24-6-2013 09:21 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9502| Komen: 81

Perokok tak faham bahasa!

Sepang: Tidak tahu dan tekanan selepas menaiki kapal terbang menjadi antara alasan perokok yang ditahan dalam Ops Terbang 1 yang dijalankan Jabatan Kesihatan Selangor di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) selama dua hari berakhir semalam.


Operasi besar-besaran yang pertama kali diadakan tahun ini dijalankan selepas menerima banyak aduan daripada orang awam mengenai kegiatan itu, walaupun Jabatan Kesihatan Selangor dan Pejabat Kesihatan KLIA sudah melakukan aktiviti penguatkuasaan tiga kali dalam sebulan.

  Ia membabitkan 187 anggota yang terdiri daripada 98 pegawai penguat kuasa, dengan dibantu 88 anggota sokongan lain turut mendapat kerjasama Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

  Pengarah Kesihatan Selangor Datuk Dr Azman Abu Bakar berkata, sepanjang dua hari operasi itu dijalankan, pihaknya mengeluarkan 595 notis kesalahan membabitkan 383 atau 64.4 peratus kepada warganegara dan 212 atau 35.6 peratus lagi dikeluarkan kepada bukan warganegara.

  “Rata-rata mereka yang ditahan memberikan alasan tidak tahu lapangan terbang adalah kawasan larangan merokok, sedangkan papan tanda sudah diletakkan secara jelas dan besar di beberapa lokasi sekitar KLIA dan LCCT.

  “Operasi ini bagi memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa lapangan terbang sudah diwartakan sebagai tempat larangan merokok sejak 2004, sekali gus membolehkan kami menguatkuasakan Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004,” katanya pada sidang media selepas operasi berkenaan di LCCT, di sini, semalam.
  Dr Azman berkata, langkah itu juga diambil bagi melindungi orang awam terutama kanak-kanak dan warga emas daripada kesan rokok basi yang boleh mendatangkan bahaya kepada mereka yang tidak merokok.

  Menurutnya, individu yang diberikan notis kesalahan perlu membayar kompaun sebanyak RM250, manakala bagi orang belum dewasa iaitu yang berumur 18 tahun ke bawah yang merokok atau memiliki apa-apa hasil tembakau dikenakan kompaun sebanyak RM50.
  Sementara dalam operasi itu, beliau berkata, sebanyak 277 kompaun dengan nilai RM31,845 sudah dibayar dikaunter yang disediakan, manakala mereka yang belum berbuat demikian diberi tempoh sebulan untuk menjelaskannya bagi mengelakkan mereka didakwa di mahkamah.

  “Saya juga ingin mengingatkan mereka yang gagal menjelaskan kompaun dalam tempoh yang diberikan iaitu sebulan daripada tarikh notis akan didakwa di mahkamah dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun,” katanya.




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gogo2 24-6-2013 07:40 AM
Bukan tak paham bahasa. Tapi penguatkuasaan undang2 di seluruh Malaysia adalah bagai melepaskan batuk di tangga. Takde org respek undang2 kalau menteri sendiri tak respek.
Quote MissNigga 24-6-2013 07:44 AM
dah lama dah undang2 ni dilaksanakan....
tapi bagi perokok tegar... selagi tak terkena .. selagi tu ler buat dek jer....

Quote peYno 24-6-2013 07:48 AM
gogo2 posted on 24-6-2013 07:40 AM
Bukan tak paham bahasa. Tapi penguatkuasaan undang2 di seluruh Malaysia adalah bagai melepaskan batu ...

betul yu... ygk undang2 penumpang belakang kena pakai seatbelt tu... dulu bukan main kecoh keancil kena tambah seatbelt pelbagai... tapi penguatkuasaannya hampeh.. org tak takut... berbanding kat Spore.. org takut tak pakai seatbelat belakang sebab dikuatkuasa

Quote gogo2 24-6-2013 07:49 AM
peYno posted on 24-6-2013 07:48 AM
betul yu... ygk undang2 penumpang belakang kena pakai seatbelt tu... dulu bukan main kecoh keancil ...

Masa aku tulis tuh mmg teringat undang2 pakai seatbelt belakang.
Quote iza_yuss 24-6-2013 07:50 AM
right on!! buat slalu pon xpe.....
Quote peYno 24-6-2013 08:00 AM
gogo2 posted on 24-6-2013 07:49 AM
Masa aku tulis tuh mmg teringat undang2 pakai seatbelt belakang.

peyno mmg hebat.. leh baca akai korang
peyno= legend

Quote md.jie 24-6-2013 08:13 AM
apa lagi depa mau harga rokok dah naik, mau saman lagik
Quote gogo2 24-6-2013 08:16 AM
peYno posted on 24-6-2013 08:00 AM
peyno mmg hebat.. leh baca akai korang
peyno= legend

lejen   
Quote annehuda 24-6-2013 08:18 AM
aku paling benci tgk bapak dukung anak kecik sambil merokok. ni mmg bapak pembunuh kecik2 dh sumbang asap rokok kt anak.
Quote gujiwa 24-6-2013 08:21 AM
bukan ada bilik khas ke untuk dorng merokok??
Quote all4rez 24-6-2013 08:22 AM
peYno posted on 24-6-2013 08:00 AM
peyno mmg hebat.. leh baca akai korang
peyno= legend

Peyno harapan terakhir ummah... hidup Peyno

Quote SulurBidar 24-6-2013 08:24 AM
Laknat Tuhan ke atas perokok...
Menyusahkan non smokers...

Semoga perokok ni akan mati dgn lebih cepat!
Quote gaara_X 24-6-2013 08:35 AM
Pihak berwajib tidak amik serious hal nie.....apa salahnya diketatkan benda cam nie.....orang tak de nak marah pun malah menyokong.....
Quote MissMamamia75 24-6-2013 09:21 AM
pihak berwajib kena ambik contoh macamana S'pore nyer undang2 pasal merokok ditempat awam...& mcm2 lagi pasal rokok...
dan betapa serius nya diorg menjaga kepentingan awam...
Quote namirulmukminin 24-6-2013 09:29 AM
SulurBidar posted on 24-6-2013 08:24 AM
Laknat Tuhan ke atas perokok...
Menyusahkan non smokers...

Uishh... ini kalu @akughi  baca kompom nangis ni...
Last edited by namirulmukminin on 24-6-2013 01:27 PM

Quote kaknab 24-6-2013 09:41 AM
elok la, kerap2 lah kompaun kepada yg sengaja bg alasan bodoh buat2 x tahu..merokok buat dek je. budak tadika pun tau SIGNAGE DILARANG MEROKOK.
Quote zarul427 24-6-2013 09:47 AM


sediakan la tempat merokok
apa punya bebal la LCCT n KLIA ni
suka suki perokok laa duit depaaa
mmg xbole larang
bg je la tempat

regards
Quote nicuya 24-6-2013 09:48 AM
padan la skang depa duk isap rokok dlm kete...kepul2 asap dr dlm kete....nk isap kt luar takut kne saman...haih...jenis x reti bahase
Quote maja07 24-6-2013 09:54 AM
KLIA dan LCCT pun tak reti bahasa. Buat tempat merokok yang sesua. Open air pun tak kisah. Ni mcm saja nak menzalimi jer. Kat Changi OK je.

Lihat semua komen(81)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:09 AM GMT+8 , Processed in 0.038238 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top