CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jejas Otak, Had Umur Perokok Dinaikkan Lebih 21 Tahun

25-5-2017 03:26 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2553| Komen: 18

Description: Had umur membeli dan menjual rokok akan dinaikkan kepada 21 tahun dengan pengubalan undang-undang baharu.
Had umur membeli dan menjual rokok akan dinaikkan kepada 21 tahun dengan pengubalan undang-undang baharu. 

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Nafas Baru Bulan Ramadan Peringkat Kebangsaan kelmarin.


Beliau berkata peraturan itu akan dilaksanakan dalam Akta Kawalan Tembakau dan Merokok (termasuk rokok elektronik) yang drafnya kini disediakan.

Menurutnya, akta yang akan menggantikan Akta Makanan 1983 berkaitan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau itu yang mengandungi larangan pembelian dan penjualan rokok bagi mereka yang berumur 21 tahun ke bawah, akan dibentangkan di Parlimen tahun depan.

"Jika sebelum ini, umur 18 tahun dan ke bawah hanya tidak boleh beli rokok tetapi boleh menjual rokok jadi undang-undang baharu ini nanti akan memperketatkan peraturan ini dengan tidak boleh membeli dan menjual kepada mereka yang berumur 21 tahun ke bawah," katanya.


Menjelaskan mengenai had umur itu, beliau berkata pada umur sebelum 21 tahun, otak manusia masih dalam peringkat perkembangan dan amalan menghisap rokok boleh menjejaskan perkembangan otak perokok.- CARI


11

Bagus
23

Marah
18

Terkejut
18

Sedih
3

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (86 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote palmolive 25-5-2017 03:27 PM
masalah dia bukan had umur...
ni masalah penguatkuasaan...
Quote kiambang 25-5-2017 03:59 PM
Patut diharamkan aje ..
Quote aliaa 25-5-2017 04:00 PM
umur 30th pun ada tuan kedai tu kisah
yg penting rokok nya terjual
Quote lolita737 25-5-2017 04:13 PM
budak area umah sy umur 13 tahun pun dah hisap rokok..

yg menjual pun buat xkisah je..janji duit masyukk..
Quote kentel 25-5-2017 04:15 PM

antara cukai terbesar tu...mustahil nak haram
Quote Defcon2 25-5-2017 04:17 PM
Hmmmm... buatlah had umur 100 tahun pun kalau takde penguatkuasaan undang-undang tak guna juga.

Malaysia ni undang-undang dah banyak. Penguatkuasaan dan jati diri di kalangan rakyat je lemah.  

Quote Zasss777 25-5-2017 04:25 PM
Haramkan je terus. Takde faedah langsung rokok ni!
Quote aHoi83 25-5-2017 06:45 PM
Acong isap vape lagi tak???
Quote marumaru 25-5-2017 06:50 PM
kentel replied at 25-5-2017 04:15 PM
antara cukai terbesar tu...mustahil nak haram

kalau haramkan ramai jugak meroyan..benda yg takde pekdah eloklah dicukaikan kaw2..
Quote marumaru 25-5-2017 06:54 PM
peniaga perangai cam haram jugak...
gst pun takmo bayar...
meniaga pun asal untung , tak kisah dah betul salah...
tapi still rakyat salahkan pihak berkuasa saje..

sepatutnya kita sebagai pengguna kena la lagi tegas...kita hukum peniaga yg pentingkan diri sendiri..sanggup jual kat budak2...jadi kalau yg tahu kedai mana yg jual kat budak2 silalah report...untuk kebaikan anak2 kita jugak...
Quote mirebus 25-5-2017 08:07 PM
sekarang ni budak pun dah pandai isap rokok. penjual kadang2 mana kisah pun umur berapa beli apa semua, yg penting duit masyuk
Quote cheergirlz 25-5-2017 10:35 PM
aah..mna diworg ksh..jnji duit masyukk..tepi jln pon bole beli....
Quote kluangman 26-5-2017 08:42 AM
Patut PAS bentang RUU supaya merokok diharamkan untuk orang Islam macam arak.
Quote azimodin 26-5-2017 09:13 AM
Kadang2 aku tertanya2. kat kampung aku banyak jantan2 yang anak berderet, buat kerja kampung tapi rokok sntiasa kat tangan. Banyak jugak duit dorang ni kan. Kata la seminggu satu kotak, sebulan dah 4 kotak. Dah dekat RM100 habis kat rokok. Duit tu boleh buat duit belanja sekolah.

Kalau harga rokok naik sampai  RM100 pon aku x kisah sebab bukan keperluan hidup.
Quote Lobai+Astaga 27-5-2017 03:32 AM
apasal had umur kepercayaan kepada santa claus tidak dinaikkan ke 21 tahun ke atas?  
Quote Sitinurbaya 27-5-2017 11:51 PM
Acong isap vape lagi tak???
Quote -electrifying- 31-5-2017 02:16 PM
azimodin replied at 26-5-2017 09:13 AM
Kadang2 aku tertanya2. kat kampung aku banyak jantan2 yang anak berderet, buat kerja kampung tapi ro ...

khenn... dh la ko org ssah, xbekerja, ade duit dpt dri jkm, dh kawen, ank otw nk kuar, eh boleh plak hisap rokokkkk... hrmjdh hahaha

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 11:53 PM GMT+8 , Processed in 0.067022 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top