Pelawak, Achey bukan hanya menghiburkan menerusi lawak komedinya tetapi juga berbakat dalam bidang nyanyian. Sebelum ini, selebriti itu pernah tampil menerusi beberapa single dan mendapat sambutan positif malah pernah menduduki carta sohor kini di YouTube.
Antara lagu yang mencatat tontonan tertinggi adalah single berjudul Yang Terindah dan Sakit yang masing-masing mencatat 'view' 34 dan 39 juta.
"Saya pernah masuk program Muzik-Muzik tapi tak lepas ke peringkat separuh akhir. Sebab itu saya rasa kalau sesebuah lagu itu sedap didengar dan liriknya diterima tapi mungkin dari sudut profesional dan kualiti belum cukup bagus.
"Jika saya menyanyi tidak bagus, saya boleh gunakan khidmat penyanyi lain untuk menyanyikan lagu ciptaan sekiranya berjaya ke pentas besar.
"Contohnya Naim Daniel yang mula dikenali sebagai pelakon dan bukannya penyanyi. Tapi Naim menyanyi sehingga berjaya diangkat juara AJL 34.
"Saya bermaksud, sekiranya lagu ciptaan saya berjaya sampai ke pentas AJL tapi tak mampu disampaikan dengan baik, saya boleh wakilkan penyanyi profesional lain," katanya kepada BH Online.
Pemilik nama sebenar, Mohd Nasir Hamzah tidak menafikan dia menyimpan harapan untuk ke pentas AJL cuma belum diberikan kesempatan.
"Sejujurnya, saya mengharapkan lagu-lagu ciptaan saya berjaya menembusi AJL. Tapi saya percaya ia bergantung pada penjurian dan penelitian pakar dalam industri muzik.
"Walaupun belum ada rezeki, saya akan terus menghasilkan karya lain," katanya yang tampil dengan lagu baharu berjudul Cintaku Takkan Hilang. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Korang dok cakap pasal suara
Nabila razali tu pon leh lepas masuk
Maknanya dia pun layak la masuk
Aku rsr suara dia nyanyi lagi sedap dgr kat telinga aku darinsura si nabila razali