CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1100|Reply: 8

Akan Terus Berkarya, Achey Pasang Niat Nak Masuk AJL

[Copy link]
Post time 19-7-2022 04:48 PM | Show all posts |Read mode


Pelawak, Achey bukan hanya menghiburkan menerusi lawak komedinya tetapi juga berbakat dalam bidang nyanyian. Sebelum ini, selebriti itu pernah tampil menerusi beberapa single dan mendapat sambutan positif malah pernah menduduki carta sohor kini di YouTube.



Antara lagu yang mencatat tontonan tertinggi adalah single berjudul Yang Terindah dan Sakit yang masing-masing mencatat 'view' 34 dan 39 juta.



  



"Saya pernah masuk program Muzik-Muzik tapi tak lepas ke peringkat separuh akhir. Sebab itu saya rasa kalau sesebuah lagu itu sedap didengar dan liriknya diterima tapi mungkin dari sudut profesional dan kualiti belum cukup bagus.



"Jika saya menyanyi tidak bagus, saya boleh gunakan khidmat penyanyi lain untuk menyanyikan lagu ciptaan sekiranya berjaya ke pentas besar.



"Contohnya Naim Daniel yang mula dikenali sebagai pelakon dan bukannya penyanyi. Tapi Naim menyanyi sehingga berjaya diangkat juara AJL 34.



"Saya bermaksud, sekiranya lagu ciptaan saya berjaya sampai ke pentas AJL tapi tak mampu disampaikan dengan baik, saya boleh wakilkan penyanyi profesional lain," katanya kepada BH Online.



  



Pemilik nama sebenar, Mohd Nasir Hamzah tidak menafikan dia menyimpan harapan untuk ke pentas AJL cuma belum diberikan kesempatan.



"Sejujurnya, saya mengharapkan lagu-lagu ciptaan saya berjaya menembusi AJL. Tapi saya percaya ia bergantung pada penjurian dan penelitian pakar dalam industri muzik.



"Walaupun belum ada rezeki, saya akan terus menghasilkan karya lain," katanya yang tampil dengan lagu baharu berjudul Cintaku Takkan Hilang. -CARI






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2022 08:52 AM | Show all posts
lagu dh sedap, suara dia pulak mcm tercekik
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 09:24 AM | Show all posts
beta_carotene replied at 20-7-2022 08:52 AM
lagu dh sedap, suara dia pulak mcm tercekik

yaa btul tu lagu dia lirik semua sedap.. tp sora plak tak seberapa.
boleh jer nk pegi AJL Achey ni.. sbb AJL kan utk komposer2.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Achey kena bagi lagu kat penyanyi lain. InsyaAllah lepas ke Ajl. Pelawak2 ni suara boleh tahan jugak .ada yg sedap kan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2022 02:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Hope x masuk ajl.. x minat
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2022 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Korang dok cakap pasal suara
Nabila razali tu pon leh lepas masuk
Maknanya dia pun layak la masuk
Aku rsr suara dia nyanyi lagi sedap dgr kat telinga aku darinsura si nabila razali
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-8-2022 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak payah la achey..lagu meleret leret..saya rs penat dgr lagu awak nyanyi. Jd stress
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2022 04:23 PM | Show all posts
suara macam katak tersepit takyahla masuk ajl. Nyanyi kat Redbox sudah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2022 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ikut lah. Nak masuk ajl ke ape ke.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 04:18 AM GMT+8 , Processed in 0.110667 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list