CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Neelofa Terharu Masih Ada Jenama Fesyen Dunia Ingin Bekerjasama Walau Sudah Berniqab

19-7-2022 11:13 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 7270| Komen: 59|Original author: Tatod


Selebriti dan usahawan, Noor Neelofa mengakui terkejut, tetapi terharu kerana masih ada jenama fesyen dunia yang ingin bekerjasama dengannya walaupun penampilannya kini berbeza.

Menerusi laporan Media Hiburan, Neelofa percaya hubungan kerjasama dan sambutan baik daripada pengguna akan membawa kepada kolaborasi berterusan.


"Terkejut juga apabila ada jenama yang masih sudi untuk bekerjasama. Namun saya sendiri faham sekiranya ada jenama yang bimbang jika sesuatu produk itu tidak mendapat sambutan atau kurang meraih engagement yang tinggi.

"Cuma mungkin bagi mereka yang pernah bekerjasama dengan saya lebih tahu. Misalnya kalau saya kongsikan di media sosial mengenai produk yang diberi, mungkin ada kesan positif bagi mereka dan kerjasama itu berterusan," katanya.


Tambahnya lagi, dia optimis apabila kini kebanyakan stesen televisyen dan produksi lebih bersikap terbuka.

"Sudah tentu saya bersyukur dan berbangga pada masa sama sebab dalam sisi lain, ia juga satu ruang dakwah. Maksudnya mungkin yang melihat akan lebih tahu mengenai penampilan wanita muslimah.

"Malah, saya lebih rasa tersentuh apabila stesen televisyen masih mahu menerima saya seadanya. Macam program Nona bulan lalu selain projek baharu saya dengan Astro.


"Pihak mereka sangat berlapang dada untuk menerima kita yang berniqab atau berpurdah ni untuk tampil sebagai pengacata dan sebagainya. Bagi saya, ia adalah satu situasi yang baik," katanya kepada Media Hiburan. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote HoneyManjer 19-7-2022 11:27 AM
macam da penah baca jer cerita macam ni sebelum nih...
Quote ctnorpropa 19-7-2022 11:33 AM
Berita ni kan bukan dah ada ke sebelum ni ?
Tengok kat fb cerita ni lagi. Boringnyaaa laaa
Quote aemon 19-7-2022 12:33 PM
wait malaysian! so proud of u adik! bak kata nenek umie eda.
Quote petpot 19-7-2022 12:57 PM
aemon replied at 19-7-2022 12:33 PM
wait malaysian! so proud of u adik! bak kata nenek umie eda.

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHHA.
iolsss mmg xbole blah dgn statment nek umi yang ini.

Quote petpot 19-7-2022 12:59 PM
kalau betul sebut aje la brand yg internasiyional sgt tuuuuuuuuuu.
ker spesis kak hassanah yang kuat berangannnnnn
Quote adra5028 19-7-2022 01:00 PM
baca n dengar je..
caya toksah le..
hahaha
Quote aemon 19-7-2022 01:01 PM
petpot replied at 19-7-2022 12:57 PM
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHHA.
iolsss mmg xbole blah dgn statment nek umi yang ini.

Bangmat kena taruk gambar katik dgn ayat nek eda tu
Quote Minyakyuyi 19-7-2022 01:14 PM
Edited by Minyakyuyi at 19-7-2022 01:15 PM

ni mesti jenama hagen...sheols kn rajin review brg baby skrg...tp pesen dunia masih kenal ka she?

14vs1
Quote madamms1 19-7-2022 01:18 PM
HoneyManjer replied at 19-7-2022 11:27 AM
macam da penah baca jer cerita macam ni sebelum nih...

memang dah ada..kalau tak silap dlm 2-3 mggu lepas..agaknya topic ni tak laku hari tu....so fan dia up balik la kot hahaha..kesian sgt punya la nak yg terpaling
Quote nesloice 19-7-2022 01:54 PM
ahhh syemmbanggg laa
Quote rainbowrainz 19-7-2022 02:34 PM
Kebabian apakah yinnih berdegar2 nyembang sijahinai lipas nihhh
Quote Diamondmoney 19-7-2022 02:40 PM
Mek ni i tak pernah percaya.apa dia ckp tak selari dgn perbuatan
Quote CiskekYumm 19-7-2022 02:42 PM
Yelah jah ,cepat la belajar bahasa Arab,pastu cepat2 pindah sana k
Quote minahmanja 19-7-2022 02:49 PM
jah ingat korang lupa kot, so dia ulang la lagi.. hihihi...
Quote anakkerengga 19-7-2022 02:57 PM
Rsnya payah jenama antarabangsa nak colab dgn dia.. dulu blh lah sbb dia kurus walaupun rendah. Skrg ni bila rendah+gems dah susah dan suai padan dgn fesyen.. tambah lagi bila berjubah bagai… sembang blh lah… tp realiti belum tentu jadi.. tambah2 lagi bila kuar dr mulut minah ni.. susah nak percaya
Quote eira2310 19-7-2022 03:00 PM
stilllll jg mahu angkat bakul sendiri.....
Quote syamzana 19-7-2022 03:04 PM
brand kain sari dari yindia kot...balut2 6m kain sari kat badan dia ngam2 tgl mata je 2biji then pose
Quote miemiecha 19-7-2022 03:06 PM
GUDLAKKK JAHHH!!!
mek usaha untuk percaya
Quote kmbg 19-7-2022 03:08 PM
Bilal dah pandai cakap belum? Acik doakan cepat lah pandai cakap boleh Jah &family merambus keluar

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 05:10 PM GMT+8 , Processed in 0.183882 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top