Selebriti dan usahawan, Noor Neelofa mengakui terkejut, tetapi terharu kerana masih ada jenama fesyen dunia yang ingin bekerjasama dengannya walaupun penampilannya kini berbeza.
Menerusi laporan Media Hiburan, Neelofa percaya hubungan kerjasama dan sambutan baik daripada pengguna akan membawa kepada kolaborasi berterusan.
"Terkejut juga apabila ada jenama yang masih sudi untuk bekerjasama. Namun saya sendiri faham sekiranya ada jenama yang bimbang jika sesuatu produk itu tidak mendapat sambutan atau kurang meraih engagement yang tinggi.
"Cuma mungkin bagi mereka yang pernah bekerjasama dengan saya lebih tahu. Misalnya kalau saya kongsikan di media sosial mengenai produk yang diberi, mungkin ada kesan positif bagi mereka dan kerjasama itu berterusan," katanya.
Tambahnya lagi, dia optimis apabila kini kebanyakan stesen televisyen dan produksi lebih bersikap terbuka.
"Sudah tentu saya bersyukur dan berbangga pada masa sama sebab dalam sisi lain, ia juga satu ruang dakwah. Maksudnya mungkin yang melihat akan lebih tahu mengenai penampilan wanita muslimah.
"Malah, saya lebih rasa tersentuh apabila stesen televisyen masih mahu menerima saya seadanya. Macam program Nona bulan lalu selain projek baharu saya dengan Astro.
"ihak mereka sangat berlapang dada untuk menerima kita yang berniqab atau berpurdah ni untuk tampil sebagai pengacata dan sebagainya. Bagi saya, ia adalah satu situasi yang baik," katanya kepada Media Hiburan. - CARI
|