|
Kuala Lumpur: Seorang pempengaruh terkenal disaman kerana didapati tidak mempunyai lesen memandu ketika ditahan dalam pemeriksaan di Jalan Raja Laut, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira 11 malam itu, lelaki berusia 20-an berkenaan ditahan ketika sedang memandu kenderaan jenis Audi. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim ketika dihubungi mengesahkan polis mengeluarkan notis saman terhadap individu berkenaan. "Hasil pemeriksaan dilakukan, kami mendapati lelaki terbabit tiada lesen memandu dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi.
"Justeru, polis mengambil tindakan dengan mengeluarkan satu saman atas dua kesalahan berkenaan," katanya. -CARI Sumber: Harian Metro
|

jari10 replied at 18-7-2022 05:33 PM
Mana pihak yg panggil si polan ni bg talk hari tu? Ikon kan dia itu??
miszclassique replied at 18-7-2022 05:48 PM
Siapa influencer ni? Stopa tu ke?
I baca artikel ingatkan si lembam siapa nama entah tu yg tinggi2 ...





panggil la bagi motibasi lagi.. 




ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
8-2-2026 08:35 AM GMT+8 , Processed in 0.384140 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.