CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Berat Badan Lebih 100KG, Melly Goeslaw Potong Usus

18-7-2022 06:21 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3447| Komen: 13|Original author: Tatod

Sumber IG


Personaliti popular Indonesia, Melly Goeslaw secara terbuka mengakui menjalani pembedahan bariatrik atau yang juga dikenali sebagai pembedahan menurunkan berat badan.

Perkara itu dikongsikan oleh penyanyi tersebut menerusi akaun Instagram.

Katanya, dia terpaksa melakukan pembedahan 'potong usus' kerana masih mengalami obesiti walaupun sudah turun 25 kilogram selepas menjalani diet ketat.



"Selepas program diet dan turun 25 kilogram, saya masih perlu menurunkan 35 kilogram tetapi berat jadi statik tak turun-turun lagi. Paras gula dalam darah juga tinggi menyebabkan nafsu makan saya juga meningkat naik.

"Saya berkongsi momen bahagia, salah satu langkah besar dalam hidup yang ternyata sangat menyenangkan," coretnya.

Terdahulu, Melly yang juga seorang komposer itu pada tahun lalu mendedahkan berat badannya mencapai 100 kilogram dan berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 30 kilogram selepas menjalankan rutin diet dan bersenam dengan bantuan pakar.


Wanita berusia 48 tahun itu juga mendedahkan pernah melakukan proses sedut lemak bahagian pipi namun menegaskan tidak pernah mencuba produk suplemen untuk mengawal selera makan sekali gus menurunkan berat badan.

Usaha mendapatkan berat badan ideal menerusi penjagaan pemakanan serta senaman menyebabkan Melly akhirnya membuat keputusan untuk menjalankan pembedahan bariatrik. -CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 18-7-2022 07:58 PM
Nanti menyesal macam gigi mentos.. Tapi kalau untuk kebaikan kesihatan dan ada duit, go for it!
Quote KBW2 18-7-2022 09:24 PM
Di sana sini orang memotong usus dah macam cocok botox jadiknya
Quote KBW2 18-7-2022 09:24 PM
imransulaiman replied at 18-7-2022 07:58 PM
Nanti menyesal macam gigi mentos.. Tapi kalau untuk kebaikan kesihatan dan ada duit, go for it!

gigi mentos siapa pulak?
Quote Reira77 18-7-2022 10:11 PM
Go go acik melly. Suka lagu-lagu uols
Quote Adrif 18-7-2022 10:19 PM
lamanya tak dengar nama dia ni..

dulu2 waktu malam kalau bukak radio mesti dengar lagu ni on air

[youtube]icY67U9PQS0[/youtube]
Quote hareeeesah 18-7-2022 10:31 PM
Michael ang tu kot ahhaha. Gigi dia cm letak chiclet yg zaman dulu-dulu tu.

Steady je dia cerita semua x sorok cam cq sister apa ke nama tu.
Quote imransulaiman 18-7-2022 10:50 PM
KBW2 replied at 18-7-2022 09:24 PM
gigi mentos siapa pulak?

Michael Ang
Quote KBW2 19-7-2022 09:16 AM

HAHAHAHAHAHAHAH aah betuullah memang macam mentos
Quote babelina 19-7-2022 09:29 AM
ye la kn.. klau itu jln yg tbaik.. utk kesihatan..
Quote arffa 19-7-2022 10:00 AM
tengok gambar dia pakai baju merah tu tak gems sangat pun.
Quote Cpkay 19-7-2022 11:39 AM
hareeeesah replied at 18-7-2022 10:31 PM
Michael ang tu kot ahhaha. Gigi dia cm letak chiclet yg zaman dulu-dulu tu.

Steady je dia cerita se ...

cq sister yang Yana tu ke uol ? ohh.. patutlah kurus cantik je
Quote ilacantik 1-8-2022 12:37 AM
Pandemik ni selain tersebarnya virus C19, ramai juga yang menjadi obese tanpa sedar. Macam meols lah. Tau- tau jer naik 10 kg uols dlm masa 6 bulan. Padahal makan sama aje. Dah tu struggle nak turunkan berat badan. Semoga acik melly kembali berkarya dgn naskhah yg hebat2.
Quote royaldanish 1-8-2022 01:48 PM
acik melly memang membesar dgn jayanya skrg... active dgn prog reality kat tv yindon.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 12:41 PM GMT+8 , Processed in 0.044262 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top