CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Islam C*laka , S*al,"- Hina Allah Dan Nabi, Duda Direman Empat Hari

18-7-2022 03:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3102| Komen: 24

SEPANG – Seorang duda yang bertindak menghina agama Islam menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman media sosial direman selama empat hari bermula hari ini.


Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, lelaki berusia 39 tahun itu direman sehingga Khamis di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Foto: via Kosmo

“Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan ringkas di sini tadi.

Sementara itu, Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin menjelaskan, proses reman bermula 18 hingga 21 Julai itu dibuat di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah


“Lelaki itu ditahan pada 17 Julai 2022 di Puchong berhubung siasatan penularan video menghina agama Islam menerusi aplikasi media sosial dan direman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah selama empat hari mulai 18 hingga 21 Julai 2022.

“Kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman,” jelasnya.



Semalam, Kosmo! melaporkan seorang lelaki dikecam orang ramai selepas tindakannya menghina agama Islam di media sosial.

Bagaimanapun, polis berjaya menahan lelaki itu di kawasan Puchong, Selangor dan berita penahanan suspek terus tular di media sosial. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nuyak 18-7-2022 03:24 PM
mamat ni bangsa apa? agama apa? confuse ajerrr...
Quote esbok 18-7-2022 03:37 PM
Yang aku tak paham, engkorang yang dok caci maki ni tau ke agama rasmi kat malaysia ni apa?
Quote maharani_gebu 18-7-2022 04:22 PM
ai syak mamat ni terlebih ketum daa...
Quote Buritan 18-7-2022 04:28 PM
maharani_gebu replied at 18-7-2022 04:22 PM
ai syak mamat ni terlebih ketum daa...

Muka tak hensrm lgsg.. muke dan prgai seiring gittew..
Quote saviour_09 18-7-2022 04:45 PM
bahagian ko dah dapat

tu ada sekor lg baru cabar pulak tu

sek kito jangey pecoh

dah cakap, sekor start ramai la timbul
Quote elzy 18-7-2022 04:58 PM
Masa tengok video dia, meremang bulu roma sebab takut bala menimpa semua.. Muka mamat ni confident sungguh orang tak boleh trace dia.. Provoke macam hebat sangat.. Bila kena belasah berdarah-darah muka simpati, tau takut rupanya dia..
Quote mojarean_X 18-7-2022 04:59 PM
Lahhh....duda ke? Terus teringat thread duda terhempas tu
Quote encikWawad 18-7-2022 05:17 PM
ke dah bosan makan kat umah - nak makan pree di hotel berjeriji
Quote ifanonline 18-7-2022 05:21 PM
muka semacam jin ifrit
Quote MissYouSayang 18-7-2022 05:35 PM
Ramai duda yg terkena mental illness ni. So beware
Quote pyropura 18-7-2022 05:43 PM
Makin menjadi2 hina islam zaman gomen Melayu islam Umno ni. Rindu zaman DAP.
Quote Miss_LoveLeen 18-7-2022 05:50 PM
Tahniah ex wife dia. Keputusan yang dia buat sgt tepat
Quote green~tea 18-7-2022 05:55 PM
mojarean_X replied at 18-7-2022 04:59 PM
Lahhh....duda ke? Terus teringat thread duda terhempas tu

ini thread duda dihempas...
Quote green~tea 18-7-2022 05:58 PM

adakah kamu seorang duda?
Quote zorrro_03 18-7-2022 06:21 PM
CARI-MRO C*laka , S*al berapa thread kau nak buka dengan tajuk yang sama huh si*l???  

mod tido ye?
Quote Nenasketum 18-7-2022 06:27 PM
Laaaaa, ko sorang caci Isle, ummat Isle ada satu bilion, ada aku kesah? Numbers are increasing like mas sebab Mat/Minah mata biru pun dok revert. Ko gak rupa longkang sedey acik nengokkan
Quote CariMalay 18-7-2022 06:39 PM
Cara dia cabar orang ramai tu seolah2 dia ada ilmu kebal dan segala jenis ilmu. Tapi bila kena belasah, lunyai gak. Padan muka, sembang je lebih
Quote gideoncross 18-7-2022 10:23 PM
Miss_LoveLeen replied at 18-7-2022 05:50 PM
Tahniah ex wife dia. Keputusan yang dia buat sgt tepat

Klau kes duda hri tu plak, bakar motor bf bru ex bini smpaikn motor org lain pun trkena.
Quote gideoncross 18-7-2022 10:25 PM
green~tea replied at 18-7-2022 05:55 PM
ini thread duda dihempas...

Aiol ok je dpt duda sbgai soulmate/laki tpi klau duda segini, idok le aiol nak hahahaha.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 02:40 AM GMT+8 , Processed in 0.036353 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top