CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Boboy Tak Nak Ikut 'Trend' Rakam Semula Lagu Lama, Nak Nyanyi Lagu Baharu Sahaja

18-7-2022 12:07 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1795| Komen: 9|Original author: Tatod

Sumber IG


Penyanyi yang juga vokalis kumpulan Boboy, Naqiu, 36, enggan mengikut 'trend' penyanyi masa kini yang mengambil langkah merakamkan semula lagu era 1990-an.

Memetik laporan Harian Metro, pemilik nama lengkap Wan Naqiuddin Mohd Najib itu berkata, dia bersama kumpulan Boboy memilih untuk tampil dengan karya baharu yang akan dilancarkan tidka lama lagi.

"Saya pegang erta kata-kata Datuk Ramli MS ketika menyertai program Gegar Vaganza dulu iaitu supaya hormat dengan karya asal seseorang penyanyi jika nak menyanyikannya semula.


"Tak salah kalau nak nyanyikan semula tetapi jangan lebih-lebih sebab kata beliau, cuba bayangkan kalau lagu kita orang buat suka hati, apa yang kita rasa? Sebab itulah Boboy buat keputusan kalau 'cover' lagu sekali pun kena hormat karya asal," katanya.

Sumber IG

Kata Naqiu lagi, dia lebih selesa menyampaikan lagu baharu untuk peminat mereka.

Pernah ada beberapa lagu popular pada zaman kegemilangan Boboy namun menganggap ia adalah kisah lama.

"Sekarang, saya dan Boboy pada tahun 2022 akan tampil menyanyikan lagu baharu. Untuk lagu lama pula hanya akan dinyanyikan dalam acara persembahan tertentu.

"Kini, saya dan abang-abang Boboy tampil semula untuk meneruskan kembali perjuangan muzik kami yang terhenti kira-kira 21 tahun lalu. Jadi, kami harap single baharu berjudul Tetap Bersama akan diterima baik oleh pendengar," katanya. -CARI

Sumber IG





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tembikaigoreng 18-7-2022 12:11 PM
Semua makin hensem pulak...... Nyanyi jelah lagu lama korang....nnt Raffa mendayu² pulak yg cover lagu korang tu
Quote Themilo 18-7-2022 12:15 PM
Tembikaigoreng replied at 18-7-2022 04:11 AM
Semua makin hensem pulak...... Nyanyi jelah lagu lama korang....nnt Raffa mendayu² pulak yg cover l ...

kau ada masalah mata ni nyah.. better buat check up, tak pun tambah power cermin mata uols tu
Quote maitang 18-7-2022 01:35 PM
ok la muka seiring usia, dulu kanak-kanak2 sgt.. naqiu suara mantap
Quote Tembikaigoreng 18-7-2022 01:54 PM
Themilo replied at 18-7-2022 12:15 PM
kau ada masalah mata ni nyah.. better buat check up, tak pun tambah power cermin mata uols tu {:sm ...

Wkwkwkw hensem lah untuk org² yg dah x berkecimpung dunia seni...xtaulah kalau belakang tabir kecuali si naqiu sbb dia memang aktif kan.... Tgk Artis kalau lelama dah xaktif selalu jadi serabai hikhik
Quote zamzam 18-7-2022 02:13 PM
Hensemnya....very abang2. Wah Naqiu best.
Quote mizruncing 18-7-2022 03:22 PM
nampak wangi bila rambut pendek
Quote gideoncross 18-7-2022 06:48 PM
Famous msa awl tahun 2000an hahahaha, students prmpuan gigih lekatkn gmbr2 dorg kat buku2 nota lpas d ptong dri mjalah. New Boyz & A To Z pun trmasuk.
Quote I.K.A888990 18-7-2022 11:19 PM
hrp depa buat lagu baru la kan
rindu plak zmn jiwang dolu2 haha
Quote sleepandream 19-7-2022 12:31 AM
boboy dgn new boyz dolu2 pun ramai jah haterz.... lagi tomok tu ramai kot budak laki jeles siap ada insiden kene baling telur ke apatah dolu....

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 02:23 PM GMT+8 , Processed in 0.075470 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top