Sumber IG
Penyanyi yang juga vokalis kumpulan Boboy, Naqiu, 36, enggan mengikut 'trend' penyanyi masa kini yang mengambil langkah merakamkan semula lagu era 1990-an.
Memetik laporan Harian Metro, pemilik nama lengkap Wan Naqiuddin Mohd Najib itu berkata, dia bersama kumpulan Boboy memilih untuk tampil dengan karya baharu yang akan dilancarkan tidka lama lagi.
"Saya pegang erta kata-kata Datuk Ramli MS ketika menyertai program Gegar Vaganza dulu iaitu supaya hormat dengan karya asal seseorang penyanyi jika nak menyanyikannya semula.
"Tak salah kalau nak nyanyikan semula tetapi jangan lebih-lebih sebab kata beliau, cuba bayangkan kalau lagu kita orang buat suka hati, apa yang kita rasa? Sebab itulah Boboy buat keputusan kalau 'cover' lagu sekali pun kena hormat karya asal," katanya.
Sumber IG
Kata Naqiu lagi, dia lebih selesa menyampaikan lagu baharu untuk peminat mereka.
Pernah ada beberapa lagu popular pada zaman kegemilangan Boboy namun menganggap ia adalah kisah lama.
"Sekarang, saya dan Boboy pada tahun 2022 akan tampil menyanyikan lagu baharu. Untuk lagu lama pula hanya akan dinyanyikan dalam acara persembahan tertentu.
"Kini, saya dan abang-abang Boboy tampil semula untuk meneruskan kembali perjuangan muzik kami yang terhenti kira-kira 21 tahun lalu. Jadi, kami harap single baharu berjudul Tetap Bersama akan diterima baik oleh pendengar," katanya. -CARI
Sumber IG
|