CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki 40 Tahun Maut Sebab Sawan Ketika Seks Ganas, Pasangan Pula Cedera Parah

18-7-2022 10:12 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4141| Komen: 29|Original author: Tatod

Sumber Firenza Today TV

Seorang lelaki Britain ditemui mati manakala pasangannya bertarung nyawa selepas disyaki terlibat dengan seks ganas di sebuah hotel medah di Florence, Itali.

Memetik laporan The Sun, polis berkata lelaki berusia 10 tahun itu ditemui mati dalam sebuah bilik di samping wanita, 43, yang dipenuhi luka dan lebam.

Kakitangan di Hotel Continentiale menghubungi pihak olis seleoas wanita tersebut dilihat berjalan di koridor dalam keadaan berlumuran darah.


Hotel Continentiale (Sumber The Sun)

Pakar perubatan membawa wanita berkenaan ke Hospital Carenggi di mana dia dikatakan berada dalam keadaan serius tetapi stabil.

Pasangan itu dipercayai dari Manchester dan tiba di hotel berkenaan pada malam Jumaat dengan penuh semangat meminta khidmat staff untuk mengejutkan mereka awal pagi Sabtu.

Menurut sumber polis, pasangan itu dipercayai terbabit dengan permainan seks erotik di bilik hotel mereka.

Walaupun ia lebih ke arah seks erotik namun polis tidak mengenepikan insiden itu berkemungkinan ada kaitan dengan kes penderaan rumah tangga.

Sumber Firenze Today TV

"Lelaki itu ditemui dengan beberapa siri  luka, lebam dan kecederaan lain di badannya dan begitu juga wanita itu. Kecederaan wanita itu kelihatan lebih teruk namun siasatan awal mendapati lelaki itu diserang sawan," kata pihak polis yang berharap dapat menjalankan soal siasat ke atas wanita berkenaan dalam masa terdekat. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fealefea 18-7-2022 10:30 AM
hah, 10 tahun?
Quote shernazz 18-7-2022 10:35 AM
Awuuuuu.....
Bdsm.gone wrong lettew....
Quote Buritan 18-7-2022 10:38 AM
fealefea replied at 18-7-2022 10:30 AM
hah, 10 tahun?

Brtulke 10 tshun.. 10 thn anak dia laaa
Quote KamikuP 18-7-2022 10:44 AM
Lelaki umur 10 tahun? Gila ke apa ngesek ngan budak bawah umur.
Quote supernaturalee 18-7-2022 11:11 AM
haiyooo tt
artikel ni biar btul lelaki tu 10 thn???
kt tajuk ltk 40

Quote chandrahusin 18-7-2022 11:29 AM
Tajuk 40 tahun
Isi 10 tahun
Wartawan punnn
Quote damsel_fiji 18-7-2022 12:06 PM
bengong nya wartawan carik ni
Quote tompie 18-7-2022 12:27 PM
40 taun la.. takkan 10 taun.. adehhhhh
Quote tompie 18-7-2022 12:27 PM
40 taun la ... takkan 10 taun.. typo busuk
Quote fealefea 18-7-2022 12:36 PM
Buritan replied at 18-7-2022 10:38 AM
Brtulke 10 tshun.. 10 thn anak dia laaa

Memetik laporan The Sun, polis berkata lelaki berusia 10 tahun itu ditemui mati dalam sebuah bilik di samping wanita, 43, yang dipenuhi luka dan lebam.


Quote Buritan 18-7-2022 12:58 PM
fealefea replied at 18-7-2022 12:36 PM
Memetik laporan The Sun, polis berkata lelaki berusia 10 tahun itu ditemui mati dalam sebuah bilik ...

Lamaa aku duk telek nombo tuu... 110 tahun ke..
Quote mizruncing 18-7-2022 03:36 PM
pelik sampai mampus gitu
Quote Kak-Rohana 18-7-2022 03:41 PM
10 tahun kalu besar baby corn je size kelakian wartawan pun tak beragak tak buat proofreading ka
Quote imanjannah 18-7-2022 03:46 PM
apa ke sampai berdarah2 tu
Quote malaygirl 18-7-2022 04:04 PM
10 tahun? Huhuhu pedo dah tu
Quote Decaffeinated 18-7-2022 04:26 PM
Aku pernah cakap wartawan cari ni kekadang macam sengaja mengundang sebab lapar komen. Maki pun dialu2kan.

Polis pun satu hal. Kejap seks, kejap keganasan rumah tangga, kejap sawan. Make up your mind lah. Kalau setakat nak speku acik forum lagi terer kot.
Quote sharlenetexas 18-7-2022 04:28 PM
Mcm pernah pergi kat farmasi tu. Tak silap ni yg dekat terminal keretapi.


Quote Lagubestbest 18-7-2022 04:47 PM
mana boleh 50 shades freed terus. ke start 1st dulu
Quote ninja9 18-7-2022 05:05 PM
SEORANG lelaki Britain maut manakala seorang wanita dipercayai pasangannya cedera parah selepas disyaki terlibat dengan aktiviti seks ganas di sebuah hotel mewah di Florence, Itali.

Lelaki Britain berusia 40 tahun yang meninggal dunia itu difahamkan mengalami sawan ketika mengambil bahagian dalam aktiviti seks dengan pasangannya yang berusia 43 tahun.


Sumber polis tempatan memberitahu MailOnline: "Pada masa ini kami sedang menyiasat dua teori iaitu aktiviti erotik yang salah atau berlaku keganasan domestik, tetapi kami syak ia merupakan aktiviti seks."

Dalam kejadian itu, petugas hotel terpaksa memanggil bantuan kecemasan selepas menemui mangsa dalam keadaan mengerikan.

Paramedik bergegas ke Hotel Continentale yang bertaraf empat bintang di tengah Florence dan membawa wanita itu ke Hospital Careggi.
Dia kini dilaporkan berada dalam keadaan serius tetapi stabil.

Pasangan itu dilaporkan bekerja sebagai ejen hartanah dari kawasan Manchester.

Akhbar Itali La Nazione melaporkan "Antara hipotesis yang masih perlu disahkan oleh penyiasat ialah pergaduhan antara dua pelancong yang memuncak dengan keganasan.

"Namun, hipotesis aktiviti seks erotik yang berakhir dengan teruk tidak dikecualikan."

Sewaktu kejadian, tetamu lain di hotel itu turut menghubungi petugas selepas mendengar bunyi jeritan serta hentaman kuat dari bilik pasangan berkenaan.

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 10:32 AM GMT+8 , Processed in 0.057452 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top