Sumber Firenza Today TV
Seorang lelaki Britain ditemui mati manakala pasangannya bertarung nyawa selepas disyaki terlibat dengan seks ganas di sebuah hotel medah di Florence, Itali.
Memetik laporan The Sun, polis berkata lelaki berusia 10 tahun itu ditemui mati dalam sebuah bilik di samping wanita, 43, yang dipenuhi luka dan lebam.
Kakitangan di Hotel Continentiale menghubungi pihak olis seleoas wanita tersebut dilihat berjalan di koridor dalam keadaan berlumuran darah.
Hotel Continentiale (Sumber The Sun)
Pakar perubatan membawa wanita berkenaan ke Hospital Carenggi di mana dia dikatakan berada dalam keadaan serius tetapi stabil.
Pasangan itu dipercayai dari Manchester dan tiba di hotel berkenaan pada malam Jumaat dengan penuh semangat meminta khidmat staff untuk mengejutkan mereka awal pagi Sabtu.
Menurut sumber polis, pasangan itu dipercayai terbabit dengan permainan seks erotik di bilik hotel mereka.
Walaupun ia lebih ke arah seks erotik namun polis tidak mengenepikan insiden itu berkemungkinan ada kaitan dengan kes penderaan rumah tangga.
Sumber Firenze Today TV
"Lelaki itu ditemui dengan beberapa siri luka, lebam dan kecederaan lain di badannya dan begitu juga wanita itu. Kecederaan wanita itu kelihatan lebih teruk namun siasatan awal mendapati lelaki itu diserang sawan," kata pihak polis yang berharap dapat menjalankan soal siasat ke atas wanita berkenaan dalam masa terdekat. -CARI
|