CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Balu Abam Beli Vellfire- Netizen Ungkit Cerita Lama, Ali Puteh Tenang Komen Hinaan

18-7-2022 10:11 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 9460| Komen: 78|Original author: Tatod

Sumber IG


Sudah agak lama juga kemelut membabitkan pelawak Ali Puteh dan balu kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu Hidayah Mohd Ali sepi daripada menjadi perhatian netizen.

Bagaimanapun, selepas Hidayah berkongsi kejayaannya membeli sebuah kereta Vellfire, seorang individu kembali bertalu-talu menyerang Instagram Ali mengungkit kisah lalu.

Memuat naik semula 'screenshot' komen tersebut, Ali membalas kembali kecaman itu dengan ucapan terima kasih serta mengiyakan saja apa yang dikatakan oleh individu berkenaan.


Sumber IG Ali Puteh

"Terima kasih atas ucapan itu. Betul tu, saya buat-buat baik je selama ini. Ramai cakap begitu. Terima kasih atas kata-kata yang membina ini.

"Semangat dan terus kuat bila diperkatakan. Terima kasih atas kata-kata yang sangat indah ini," coretnya.

Bagaimanapun, di ruangan komen dibanjiri dengan kata-kata positif serta menyelar tindakan individu berkenaan yang penulisannya tidak seiring dengan gambar profil yang digunakannya.



Terdahulu, kemelut antara Ali dan Hidayah mula tercetus selepas Abam meninggal dunia pada 10 Februari 2020.

Hidayah juga sebelum ini pernah memfailkan sama terhadap Ali atas tuduhan memfitnah dan mahkamah pada Februari lalu memutuskan dia menang kes tersebut. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AshkieLa 18-7-2022 10:25 AM
.. ke dia sendiri yg buat akaun yg memaki tu.
lain mcm jer awkward nya.

Quote KamikuP 18-7-2022 10:46 AM
Berapa kali dah si Ali ni jatuh kene timpa tangga berkali kali tak bangki2 bangkit.. ekekeke
Quote mizruncing 18-7-2022 11:17 AM
dia ni since tak dpt bayar 60k denda (tak tau la kot dh bayar) baru laa nk slow down. klu tak asyik mendongak ke langit je
Quote miszclassique 18-7-2022 11:18 AM
Dulu bukan rajin saman semua netizen ke? Yang kali ni apsal tak ugut saman pulak? Sebab diri sendiri yang tulis ke
Quote totokreturn. 18-7-2022 11:25 AM
vellfire baru beli tu hutang berapa tahun?
Quote izat123 18-7-2022 11:25 AM
miszclassique replied at 18-7-2022 11:18 AM
Dulu bukan rajin saman semua netizen ke? Yang kali ni apsal tak ugut saman pulak? Sebab diri sendiri ...

Takde duit dah nak bayar lawyer kot. Dulu konsep dia, dia ingat kalau saman semua menang kot 'kaya kaya kaya'. Sekali kes dengan Dayah kalah baru dia tahu saman semua orang boleh saman nak build up the case and prove it bukan senang gitu je. Kalau tak habis lah semua manusia dalam dunia ni kerja saman menyaman je nak duit senang.
Quote Mamason 18-7-2022 11:40 AM
Netizen kalau boleh jgn jadi batu api... Maybe ada usaha depa nak berbaik and ali pun dah insaf why not?  Antara Ali ngan anak Abam tu... xkan putus hubungan darah. Jadi, biarlah depa berusaha utk baiki hubungan... org luar jgn simbah pulak minyak.  Mama xrasa kot hidayah keras hati sampai tahap kalau family abam dtg minta maaf dia buat xtau... Mesti dia pun lama2 akan ok nanti.  
Quote Themilo 18-7-2022 11:44 AM
Mamason replied at 18-7-2022 03:40 AM
Netizen kalau boleh jgn jadi batu api... Maybe ada usaha depa nak berbaik and ali pun dah insaf why  ...

anak dayah tu lelaki, tak perlu nak wali bagai. no point nak berbaik-baik dengan pakcik tu.
Quote akuMNdia 18-7-2022 11:57 AM
Ali Puteh Tenang Komen Hinaan


mcm susah jer nak cayer ...
Quote asfaz 18-7-2022 11:59 AM
izat123 replied at 18-7-2022 11:25 AM
Takde duit dah nak bayar lawyer kot. Dulu konsep dia, dia ingat kalau saman semua menang kot 'kaya  ...

Dah la kalah kena sedebik pulak dengan Hakim. Sehari sebelum tu kemain bongkak lagi .Lama jugak la dia senyap kat IG tu kan lepas keputusan.
Yg komen bagi kata positif tu mesti sehaluan dengan Litam. Org cmtu pun gigih nak bekap.euuwwwww
Quote asfaz 18-7-2022 12:00 PM
Mamason replied at 18-7-2022 11:40 AM
Netizen kalau boleh jgn jadi batu api... Maybe ada usaha depa nak berbaik and ali pun dah insaf why  ...

Mesti u tak baca kan yg sebelum ni? Litam suruh akak ipor dia tu jumpa dia.. besar sangat level dia sampai dayah yg kena dtg jumpa dia pasal isu faraid tu
Quote nolya 18-7-2022 12:07 PM
Ali kena faham kalau mengambil dn makan harta anak yatim itu berdosa besar,  tak akan selamat, silap2 apa yg dia ada akan tiris dn habis.  So, jika ada ape hak Dayah dn anaknya, kembalikanlah. Kalau dah habis, minta halalkan je. Jika Ali tahan hak mereka, rezeki dia akan tertahan juga.
Quote msdummy.2018 18-7-2022 12:08 PM
Mamason replied at 18-7-2022 11:40 AM
Netizen kalau boleh jgn jadi batu api... Maybe ada usaha depa nak berbaik and ali pun dah insaf why  ...

May be hidayah orgnya lembut, hatinya suci... kalo akulah..mmg taklerrrr aku nk berbaik..xtaulah kot2 tetiba diberi petunjuk
Quote msdummy.2018 18-7-2022 12:11 PM
nolya replied at 18-7-2022 12:07 PM
Ali kena faham kalau mengambil dn makan harta anak yatim itu berdosa besar,  tak akan selamat, silap ...

Aku sokong bab ni
Quote ezacbee 18-7-2022 12:18 PM
Rajinnya dia ss semua komen. Mohon simpati last2 kena kecam. Nasib ko lah amik hak anak yatim.

Quote alieyrina 18-7-2022 12:19 PM
Comeinya anak abam.
Yg komen2 tu tolg la sedarkan si hitam pelahap harta ni. Ni duk sudahla sudahla apoo
Quote ReginaGeorge 18-7-2022 12:20 PM
Pemilik akaun palsu tu mungkin juga pernah menjadi mangsa buli keluarga mertua, spt yg terjadi oleh hidayah.Mungkin dia juga tak pernah mendapat pembelaan drpd penganiyaan kelurga mertua..
Quote awenda507 18-7-2022 12:47 PM
merasa la skg balasan Tuhan akibat naya hidup org
Quote soulmatte 18-7-2022 12:52 PM
Mamason replied at 18-7-2022 11:40 AM
Netizen kalau boleh jgn jadi batu api... Maybe ada usaha depa nak berbaik and ali pun dah insaf why  ...

Setuju, netizen pulak yg lebih2

Lihat semua komen(78)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 06:26 AM GMT+8 , Processed in 0.052193 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top