Sumber IG
Sudah agak lama juga kemelut membabitkan pelawak Ali Puteh dan balu kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu Hidayah Mohd Ali sepi daripada menjadi perhatian netizen.
Bagaimanapun, selepas Hidayah berkongsi kejayaannya membeli sebuah kereta Vellfire, seorang individu kembali bertalu-talu menyerang Instagram Ali mengungkit kisah lalu.
Memuat naik semula 'screenshot' komen tersebut, Ali membalas kembali kecaman itu dengan ucapan terima kasih serta mengiyakan saja apa yang dikatakan oleh individu berkenaan.
Sumber IG Ali Puteh
"Terima kasih atas ucapan itu. Betul tu, saya buat-buat baik je selama ini. Ramai cakap begitu. Terima kasih atas kata-kata yang membina ini.
"Semangat dan terus kuat bila diperkatakan. Terima kasih atas kata-kata yang sangat indah ini," coretnya.
Bagaimanapun, di ruangan komen dibanjiri dengan kata-kata positif serta menyelar tindakan individu berkenaan yang penulisannya tidak seiring dengan gambar profil yang digunakannya.
Terdahulu, kemelut antara Ali dan Hidayah mula tercetus selepas Abam meninggal dunia pada 10 Februari 2020.
Hidayah juga sebelum ini pernah memfailkan sama terhadap Ali atas tuduhan memfitnah dan mahkamah pada Februari lalu memutuskan dia menang kes tersebut. -CARI
|