Gara-gara ingin berswafoto, seorang pelancong Amerika Syarikat cedera selepas terjatuh dalam kawah Gunung Vesuvius, Itali.
Pegawai berkata, lelaki berusia 23 tahun itu dan keluarganya tiba ke puncak gunung berapi, yang berlatar belakangkan pemandangan menakjubkan ke bandar Naples dengan mengambil laluan yang dilarang. Media Itali melaporkan, pelancong itu sedang mengambil swafoto di puncak gunung berapi setinggi 1,281 meter itu, apabila secara tidak sengaja dia terjatuhkan telefon bimbitnya itu. Apabila telefon itu terlepas dari genggaman tangannya, dia turun ke kawah cuba mendapatkannya semula sebelum hilang keseimbangan dan jatuh beberapa meter.
Pemandu pelancong gunung terbabit, terpaksa turun ke dalam kawah untuk membantu menyelamatkannya, manakala polis dikerahkan dengan sebuah helikopter penyelamat Pelancong itu yang mengalami luka dan lebam di lengan dan belakangnya dirawat. Dia dan tiga ahli keluarganya kini berdepan dakwaan kerana menceroboh tanah awam. Gunung Vesuvius terletak 9.6 kilometer dari Naples dan terkenal dengan letusan pada 79 tahun Masihi yang memusnahkan bandar Rom Pompeii serta membunuh 16,000 penduduk. Kali terakhir ia meletus pada tahun 1944 dengan pakar mengatakan, ia menamatkan kitaran yang pada tahun 1631. Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT