|
Ali Puteh mendedahkan, dia tidak lagi mempunyai kaitan dengan sebuah syarikat pembekal ayam selepas dilantik sebagai duta April lalu.
Menurut Ali, keputusan itu dibuat kerana enggan namanya terbabit dengan skandal penipuan syarikat berkenaan terutamanya yang membabitkan hal bekalan ayam kepada peniaga dan pembeli. “Saya tidak mahu ada pihak yang berdepan dengan masalah apabila berurusan dengan syarikat pembekal itu selepas beberapa isu timbul. “Terus-terang saya juga kecewa dengan apa yang terjadi apabila perjanjian antara saya dengan syarikat itu tidak berjalan seperti yang sepatutnya,” katanya.
Ali, 33, yang juga juri lokasi untuk siri jelajah Awesome Raja Lawak kesal kerana sudah memberikan sepenuh komitmen selaku duta namun tidak menerima sebarang bayaran seperti dijanjikan. Tambah Ali, dia ralat kerana melepaskan beberapa tawaran bernilai puluhan ribu kerana mahu menumpukan perhatian sebagai duta dan usahawan ayam bersama syarikat itu seperti yang diminta.
|
tapi sayang payment sangkut. Maybe kena barsihkan hati tu dulu. Baru rezeki lancar




ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
10-2-2026 11:23 PM GMT+8 , Processed in 0.057662 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.