CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Belum Jutawan, Hari-Hari Putera Amaris Doa Minta Jadi Kaya

15-7-2022 11:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2113| Komen: 9

Putera Amaris sentiasa memasang impian untuk bergelar seorang individu yang berjaya dan kaya demi membantu lebih ramai golongan susah.

Bagi jejaka berusia 37 tahun itu, dia tidak pernah berhenti berdoa agar Tuhan mengurniakan rezeki yang melimpah supaya sasaran untuk membantu lebih ramai individu yang memerlukan dapat dicapai.

Foto: IG

"Sejak empat tahun menggerakkan kerja amal bersama pasukan saya semuanya saya lakukan kerana Allah SWT. Saya buat kerja-kerja amal ini untuk membantu orang yang susah. Jadi saya memang kena set diri 'aku kena kaya' untuk bantu lebih ramai bagi orang yang memerlukan.

"Dalam masa yang sama, saya juga bertuah kerana isteri juga adalah tulang belakang dan penguat semangat dalam menggerakkan program infaq, bersama-sama dengan pasukan sendiri.


"Saya pun belum lagi bergelar jutawan. Tetapi saya berdoa dan mengharapkan doa semua orang agar saya dikurniakan rezeki lebih untuk sama-sama saya kongsikan dengan orang yang susah," katanya ketika ditemui baru-baru ini.



Tambah Amaris, program infaq yang pernah dijayakan menerusi kempen Sama-Sama Kenyang dengan kerjasama Pertubuhan Dapur Pasak Kuala Lumpur (Dapur Pasak) masih diteruskan.

"Program itu masih berjalan seperti biasa setiap hari. Kami tak berhenti. Sasaran kami untuk membantu asnaf dan artis veteran juga masih digerakkan termasuk usaha untuk mendapatkan rumah untuk artis veteran yang tak berkemampuan.



"Walaupun tanggungjawab kian bertambah, ia tak membuatkan saya rasa penat atau terbeban pun. Malah, rasa seronok dan teruja sebab ia juga berkaitan dengan program infaq dan amal khususnya golongan bumiputera.


"Saya tak cukup rehat atau tak cukup tidur pun tetap saya nak buat. Mudah-mudahan Allah panjangkan umur untuk saya teruskan kerja-kerja amal ini dan harap Dia juga izinkan yang terbaik untuk usaha-usaha yang dijalankan," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metrou

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 15-7-2022 01:43 PM
Apa business dia skarang
Quote KamikuP 15-7-2022 03:39 PM
Bekas PA vida yg sendu
Quote mizruncing 15-7-2022 04:21 PM
lama tak nampak dia ni
Quote shernazz 15-7-2022 04:23 PM
Alahai amran...
Sian ko..
Quote ezacbee 15-7-2022 04:32 PM
Dulu dia ada jual satay goreng. Sekarang tak tau jual apa.
Quote Kurex 15-7-2022 04:39 PM
Masih bersama anding ke? Ke dah lama putus?
Quote prince_marhaen 18-7-2022 02:56 PM
dah tak himpit mak hayam kaya & retis-retis ponen vottom kaya ke tuwwww.... hihihihi! Ruhainies muka kemut versi jantan...
Quote CiliApiPedas 19-7-2022 10:45 PM
Dia ni baik lah. Penah tolong i dulu . I nk bg bayaran dia terus tolak.. thank you Amar. Semoga terus berjaya
Quote Rogue98 19-7-2022 10:54 PM
Nak beramal tu buat lah diam2..ni pungpang duk jaja cerita merata..kita baca pun meluat..tak impress pun. Kau nak kaya tapi apa kau buat utk jadi kaya tu...

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 05:03 AM GMT+8 , Processed in 0.062621 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top