CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aishah Ilias Tengah Cuba Nak Buat Diri Glamour, Tolak Watak Kampung

15-7-2022 11:33 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2698| Komen: 19

Aishah Ilias tampil menjawab punca dirinya terpaksa menghilangkan diri ketika namanya menjadi bualan ramai menerusi drama Cinta Ibadah pada 2014.

Aishah berkata, dia menghilangkan diri atas hal peribadi dan sukar dijelaskan secara terbuka.

Foto: IG

"Sebenarnya ada sebab ia berlaku, tetapi saya tidak boleh untuk mendedahkannya kerana ia membabitkan soal keluarga.

"Disebabkan itu, saya pilih untuk 'rehat' sekejap dan apabila semuanya sudah selesai, sekarang saya kembali semula berlakon," katanya.


Menurut Aishah, meskipun sedar namanya kurang popular berbanding rakan-rakan seangkatan seperti gandingannya dalam Cinta Ibadah iaitu Fattah Amin, namun Aishah tidak menganggap perkara itu sebagai satu tekanan.

"Saya memang ada, bukan senyap. Tawaran berlakon yang kadangkala kurang menarik membuatkan saya perlu teliti. Maklum saja cerita Melayu balik-balik 'Megah Holding'.



"Tawaran cerita begitu ada dan memang saya terima, namun tidak kena dengan minat. Walaupun nama saya kurang popular, tetapi sebilangan watak kurang sesuai dengan saya seperti watak kampung.

"Pernah sebelum ini saya membawa watak seperti itu, tetapi tidak menjadi kerana kurang bersuaian dengan wajah.



"Walaupun persaingan dengan artis baru itu memang ada, tapi itu rezeki masing-masing kerana sebagai contoh Che Ta (Rozita Che Wan) turut memulakan kerjaya lakonan agak lambat, tetapi meletup sehingga sekarang.

"Jadi sekarang ini saya sudah bersedia untuk membuat kemunculan semula," katanya.



Dalam pada itu, Aishah kini muncul menerusi filem berjudul Musyrik - Api Neraka Menantimu yang turut menampilkan Aeril Zafrel, Ashraf Muslim dan Ruhainies sebagai pelakon utama.

Karya terbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd itu sedang ditayangkan di pawagam sejak 7 Julai lalu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SherryZass 15-7-2022 12:44 PM
Walaupun nama saya kurang popular, tetapi sebilangan watak kurang sesuai dengan saya seperti watak kampung.
Maklum saja cerita Melayu balik-balik 'Megah Holding'.

Dia nak apa sebenarnya?
Quote Nnasda53 15-7-2022 01:34 PM
Elehhh kemahin lagi kau watak kg tak sesuai dgn muka.
Perasan sungguh lahaiiii.
Eh Susan Menan,Maria Farida tu pun wajah kacuk elok je berlakon watak org kg.
Quote Redmyvi 15-7-2022 01:36 PM
bukan pasal watak kg kau yg tak reti belakon kot.. haha
Quote Perawankota 15-7-2022 01:45 PM
Kt estet tu ramai je muka macam ko.. Apalah dosa dgn watak kampung? Elok jer artis2 lain amik watak tu.. Mesti dia ni sejenis yg kekwat kt set kan
Quote haruno_sakura 15-7-2022 02:00 PM
apa dia igt pegang watak kampung tak boleh glamor ke?
eh blah la
Quote mendeluk 15-7-2022 02:24 PM
Perawankota replied at 15-7-2022 01:45 PM
Kt estet tu ramai je muka macam ko.. Apalah dosa dgn watak kampung? Elok jer artis2 lain amik watak  ...

Tgk muka pun tau mcm sejenis kekwat je
Quote babelina 15-7-2022 02:29 PM
dia blakon x best la.. masa pkp tu.. ada channel drama sgt.. ada la citer dia blakon.. tp aku notice muka dia btmbh cantik n bdn pn langsing..
Quote Nuyak 15-7-2022 04:55 PM
pernah terserempak..dia ni mmg style2 model, tinggi boleh tahan..tak sesuai la kot watak kampung utk dia...
Quote zuri154 15-7-2022 06:55 PM
Remilah begum wannabe. Hari2 ada benang baru dlm porem cari wpun gosip tah pape asalkan ada benang baru dlm porem cari. Nk kekal relevan wpun supaya org x kenal sheols smpi org kenal.
Quote I.K.A888990 15-7-2022 08:47 PM
watak kmpg pn bole je jadi glamor
Quote miss_perfect 15-7-2022 09:00 PM
Nnasda53 replied at 15-7-2022 01:34 PM
Elehhh kemahin lagi kau watak kg tak sesuai dgn muka.
Perasan sungguh lahaiiii.
Eh Susan Menan,Maria ...

Teringat cerita Maria Farida berlakon dgn Azhar Sulaiman tu, maknya Joyah. Elok je dia bawak watak orang kampung meniaga gerai makan. Siap Joyah ada cakap lagi, ayah Maria Farida tu rupa helok (sebab tu anaknya cun melecun) tapi laki tak guna.
Quote miss_perfect 15-7-2022 09:03 PM
Nuyak replied at 15-7-2022 04:55 PM
pernah terserempak..dia ni mmg style2 model, tinggi boleh tahan..tak sesuai la kot watak kampung utk ...

Boleh je bawak watak kampung. Contohlah... masa baby dia kena buang/terbuang, orang kampung yg jumpa dan jaga dia. So rupa dia takdela rupa kampung sebab asal usulnya tak diketahui... kemain iols reka plot drama
Quote edoraixora 15-7-2022 09:03 PM
Aiii macam kekwat ajer kau ni
Padanlah lambat glamer
Quote KarinaKapur 15-7-2022 09:31 PM
Cantiknya dia..kenapa xmeletop eh..sbb faktor usia ke..
Quote Nuyak 18-7-2022 10:33 AM
miss_perfect replied at 15-7-2022 09:03 PM
Boleh je bawak watak kampung. Contohlah... masa baby dia kena buang/terbuang, orang kampung yg jum ...

hahaha...pandaiii...dia demand la tuu..irl memang cantik je dia, natural beauty...
Quote mrsbale 18-7-2022 10:48 AM
Confuse dia ni dgn syiqin kamal. Mcm sepesen ja
Quote dejure 18-7-2022 11:03 AM
Dia ni aku pernah jmp masa iv pramugari qatar ke emirates dulu..biasa2 aje lh muka dia.takdelah lawa sangat pon.lawa pon sbb make up aje.
Quote adeqbun 18-7-2022 01:39 PM
Ko nak kate wajah ko tu urband sgt ke esah oiy
Quote dudaberhias 18-7-2022 02:09 PM
masalahnyaaa acik2 kampung punya anak lagi cantik dari ko dik...
ambik je la apa watak sekalipun... bukannya popular pun ko walaupun dapat watak utama dulu2 tu...

hujung2 sendu jugak... baik kau jadi pembantu dekat rumah asuhan je kalau dah memilih sangat ecah oi...

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.041534 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top