|
MOSCOW – Seorang jurugambar dan nelayan laut dalam di Rusia mendapat perhatian netizen selepas memuat naik hasil tangkapan berupa seekor ketam yang memiliki gigi seperti manusia, lapor laman berita Wionews.
Roman Fedortsov menyiarkan imej beberapa penemuan laut dalam yang paling luar biasa di laman Instagramnya. Gambar paling mendapat perhatian adalah seekor ketam yang memiliki set gigi sempurna seperti manusia dewasa. “Foto tersebut menerima tanda like dan komen paling banyak pada minggu lalu.
“Ada yang meluahkan rasa kagum dengan keunikan haiwan akuatik ini dan ada juga berasakan rupa fizikal binatang ini melucukan,” kata Fedortsov. Lelaki itu terkenal sebagai pesohor media sosial yang mempunyai koleksi foto hidupan laut pelik di platform onlinenya. – CARI Sumber: Kosmo
|
plywood replied at 15-7-2022 11:14 AM
tak bolehkah kita kata manusia ada gigi macam ketam tu?

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
11-2-2026 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.212873 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.